Sunday, 22 March 2015

yeay ! pengalaman pertama bekerja =)

Assalamualaikum.

Hai dan hai semua !
uolls tengok tajuk entri I kat atas ni.. haha nampak cam eksaitedd bebenor kan aku? saje je buat tajuk gitu, padahal aku tak rasa apa2 pon... bak kata mak aku, aku ni jenis yang tak ada perasaan...terus aku rasa mcm err~~(speechless) ala mak tak tau anak mak ni kadang2 jiwa sensitif gak tau.. lepasni aku nak layan citer2 triller pulak bagi jiwa kental sikit, apa barang jiwa lembut macam kuih pau yang sebiji harga RM2.00 tu kan? tapi aku rasa pau2 sekarang dah tak lembut macam dulu.. mak aku buat lagi lembut, sodapp lagi. :p

okei-okei, sebelum aku lari tajuk lebih baik aku mula sekarang. Gini citernya, kan aku dah bagitau kat entri sebelum ni yang kerja aku mengANGGUR je kan? hihi... lepas beberapa minggu tu, aku terima panggilan dan mendapat tawaran untuk bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur. dan aku rasa sekarang lebih baik aku berhenti daripada berangan yang tinggi2 dan bagitau citer rekaan yang tak masuk dek akal mcam sekarang ni kat uolls.. haha, ye la apa yg uolls expect budak baru habis spm mcm aku ni kerja kat hospital? ahahah  Okla, gini ceritanya, masa malam hari khamis aritu, hidayah yang tuisyen pbcs sama aku, call... dia kata kat tmpat kerja dia tu ada sorang pekerja ni yang nak behenti kerja, lepas tu dia bagi kat aku no. phone tauke kedai tu... kalau2 aku nak minta kerja kat situ... aku pon macam blurr2 sikit malam tu.. hehehe ye la, tetiba  orang call malam2 tanya nak kerja ke tak.. sebenarnya, aku tak rasa pun macam nak minta kerja kat mana2 lepas aku di reject dulu.. haha.. masa bulan 12 aritu aku ada tanya kerja kosong kat kedai buku syarikat adam tu, then, diorang kata ada.. tapi kena isi borang dulu.. aku pon semangat gila sebab ada harapan kerja kat kedai buku.. dalam otak ni, cuma fikir nak baca novel2 yang jual kat kedai buku tu secara percuma je.. haha buruk perangai, jangan tiru! tapi last2 orang yang jaga kaunter tu kata, diorang tak nak budak lepasan spm, diorang nak pekerja tetap sebab kalau ambil pekerja lepasan spm nanti diorang kena cari pekrja baru lagi sebab budak spm berapa lama je yg nak kerja, mesti lepas tu nak sambung belajar lagi....
SEE? tidak kah mereka2 ini telah memberi harapan palsu kat aku? huhu T_T (sebak sungguh rasa hati ini)..

ok, sambung tadi, lepas dayah call aku tu, aku bagitau kat mak ngan abah.. nak tanya pendapat diorang....  mak ngan abah cakap ikut suka la nak kerja ke tak nak... tapi, daripada duduk saja ja kat umah ni lebih baik kakak kerja cari pngalaman kerja dengan orang...  tapi, masa tu aku rasa macam dah malas nak pergi kerja, ye la nak dekat 3 bulan lebih kot aku duk goyang kaki kat rumah... tu yang dah rasa malas tu... pastu, bila aku fikir2 balik, aku rasa betul gak cakap abah, sekurang-kurangnya aku dapat gak pengalaman bekerja walaupun sekejap... oh ha, ni kerja kat Longwan... tapi bukan cashier atau bahagian susun barang tu, aku dapat bhagian kuih bahulu tradisional... then, aku tanya Dayah macam mana dia punya shift, gaji apa suma... and lepas habis cakap ngan dayah aku terus cakap kat mak ngan abah..

mak, abah.... orang tak jadi la nak p kerja situ... malas la...gaji sikit sangat....  dayah kata orang baru RM20 ja sehari...  buat penat ja p...

hahahah... ko tengok! demand gila aku.... tanya gaji bagai, dah tu nak kerja yg gaji mahal2 ja.. hhaha.. tapi, esoknya aku pegi jugak sebab dayah dah bagitau kat tauke tu... p.cik tu kata masuk pukul 10 pagi dan habis pukul 6 petang. Esoknya, aku pun siap2 dan keluar la awal sikit...  sebab nak isi minyak motor dulu... mula2 ingat nak isi kat stesen minyak, tapi bila cek balik perghh minyak sikit je lagi nak habis.. aku tengok kat tangki tu 1cm je lebih kurang paras minyak tu... huhu... dalam hati dok marah adik sebab naik motor tak reti isi minyak.... pada masa yang sama dok mintak dalam hati, jangan la minyak habis tengah jalan sambil baca hasbunallah wani'mal wakil banyak2 kali... lepas tu aku teringat ada kedai minyak tepi jalan kat kawasan rumah aku (minyak pam yang kat kedai runcit tu), jadi aku rasa lebih baik isi kat situ dulu sebab kalau nak pegi shell ka ap ka memang jauh lagi la... syukur Alhamdulillah.. elok2 je aku sampai kat depan kedai runcit tu, minyak motor pon habis....
aku yakin berkat doa yg aku bca td... sebab selalunya klau aku bca ''hasbunallah wani'mal wakil'' mesti Allah permudahkn urusan  aku, cuma kita perlu yakinlah dengan perolongan Allah... In Syaa Allah, Dia akan beri atau tunjukkan jalan pnyelesaian kpd kita....

Dh habis isi minyak, aku tengok jam kat phone, dh pukul 9.45 camtu... terus pulas minyk, rasa tak sedap hati pulak kalau aku pegi lambat. dah lah hari tu first day aku kerja... muka tauke pun aku tak jumpa lagi... memang kelam kabut la aku bwak moto. Oh ha,  I rempit ok! haha...
brapa minit lepas tu, aku pn sampai, and hampa nak tau dak, longwan tak bukak pon lagi... hampeh betuila! buat penat cek pulaih  minyak ja... tu pon tak habis pikir lagi, macam mana la tetiba aku accident... Nauzubillah..
Lebih kurang pukul 10.20 cam tu la, bru pagar luar Longwan bukak.. tp,aku kena tunggu lama lagi sebab yang bahagian bahulu tradisional tu tak bukak lagi... pagi tu ada masalah agaknya, sebab tu la pekerja kedai bahulu tu bukak kdai lambat sikit... awal2 ni pun dh ada satu incident yang aku sendiri tak tau nak kelaskan sbagai apa.. memalukan ke lawak.. atau mungkin kedua-duanya sekali.. macam ni, kedai bahulu tradisional tu kan bersebelahan dengan kedai jeruk madu pak ali..(sebnarnya waktu tu, aku lupa yg sebelah tu ada kedai jeruk) dan aku masa ni dengan gelejohnya selamba badak ja pegi tanya salah seorang pekerja kat situ.. dan yang pekerja tu pulak sebenarnya bukan pekerja bahulu tapi pekerja jeruk madu pak ali tu... dan adalah dialog antara kami dua yang buat aku gelak guling2 bila ingat balik... tak payah cerita kat sini, buat malu aku jah... hahaha... macam mana tah aku boleh lupa yang kat situ pun ada kedai jeruk.. padahal banner jeruk madu pak ali tu punyalah besar kat depan tu, tapi aku boleh tak perasan kahkahkah...

rasa macam panjang gila entri aku kali ni, k la, pendekkan sikit....
dah kenal2 dengan salah seorang pekerja bahulu tu, dia pun bagi aku kad.. hehe first time aku merasa punch card.. terus berangan keja kat pejabat, padahal longwan je punn~~
Banyak jugak yang aku belajar dalam sehari tu... selain dayah, aku dapat 2 orang kawan baru,  sorang nama zati, sorang lagi aku tak ingat hehe....  tapi yang tak bestnya, nak minta cuti pun payah, isnin sampai ahad kot kerja! nak minta cuti pun aku tengok diorang ni sampai bergaduh bagai dan adalah masalh sikit antara pekerja2 lama kat situ... ye lah, aku kan orang baru... takut jugak nak masuk campur... dan akhirnya aku ambil keputusan nak berhenti kerja...  zati dgn yg sorang lagi tu tak bagi aku berenti kerja, diorang cakap bukan salah aku pun nk bhenti kerja, tu ntara diorang dgn pkerja lama ja... lagipun diorang kata esok shift pagi, memang tak ada orang kerja... aku pn serba salah jugak.. tapi tu lah, aku ckp kat diorang yg malam tu aku nak kena pegi ipoh.. dan aku sendiri pun tak tau berapa hari duk ipoh tu....
malam tu, aku bagitau balik kat diorang kata aku nak berhenti.... serba salah weii, tak pasal2 diorang kena cari orang baru lagi.... aku rasa diorang mesti marah2 aku sebab kerja sehari ja... lepastu  diorang nak kena cari orang baru pulak...huhu... serius! sampai sekarang aku rasa bersalah...
kejap,kenapa ayat aku dalam perenggan ni rasa macam aku tengah membebel ehh? kah kah kah, benci betul!

tapikan sebenarnya, dalam perasaan yang penuh rasa bersalah(kononnya) aku lega jugaklah sebab dah tak yah kerja kat situ.... muahahaha... kerja tu okay je sebenarnya, tapi aku je yg tak leh nak  masuk. rasa macam tak kena dengan jiwa aku la... hahaha.. aku rasa lebih baik aku kerja dengan abah aku, tolong dia buat katering. gaji pun 3x kali ganda.... kadang aku tlong pasang sketing meja makan pengantin yang tak sampai 1 jam pun dah dapat sama banyak dgn gaji kat situ...
Eh, jap jap, kenapa aku rasa macam aku ni mata duitan pulak. kah kah kah.. aku bukan mcm tu la..tapi klau betul pun, korang ingat aku nak mengaku? :p muahaha.. ok2 gurau saja...  tapi sebenarnya bagi aku, aku tak kisah pun gaji banyak mana, janji halal dan  pengalaman tu yang penting... jadi, korang jangan la ingat aku berhenti kerja sebab gaji atau masalah antara pekerja2 lama katsitu, sebab yang bergaduh tu sesama diorang, aku tak ad kena mengena pun.. cuma aku blur jugak haritu tetiba dengar diorang bergaduh sesama sendiri.. ternganga aku dengar diorang bertekak.. hoho.. nak luruh jantung ni...
aku dah siap sedia nak bukak taekwando, andai kata diorang tetiba jadi hulk atau tetiba main baling2 loyang bahulu yang panas membara tu atau tetiba main simbah2 tepung bahulu yang telah siap dibancuh bersama tepung dan gula ataupun dengan lebih dahsyat sekali nak baling dengan mixer2 yang tengah berpusing laju. aku siap untuk semua kemungkinan itu, tapi hampa.... adegan2 seperti itu langsung tak berlaku sama sekali... >_<'

Bila ingat balik, aku sendiri tergelak, tak sangka first time aku kerja dengan orang, first time jugak aku kerja sehari je.. pastu boleh berhenti... XD...

mak ngan abah aku siap perli lagi...
  'tempat bekerja : bahulu tradisional-Longwan
  pngalaman bkerja:  satu hari
  gaji: RM 0'  ~ asyik dok ulang ayat ni ja~

tpikan, aku memang tak dapat gaji pun... sebab dia kan guna punch card, aku agak di kira sebulan kot.. tp, dh aku pun baru kerja sehari, nak dapat gaji apanya... hahaha tapi, aku ta kisah sangat pasal tak dapat gaji tu sebab  at least aku merasa punch card 2kali.. masa nak masuk keja dan nak balik... huahahaha.. ~ayat nak sedapkan hati. :')

Aku rasa, 3 bulan yang pertama ni, aku tak nak pergi longwan dah.. biar pkerja2 yang kat situ dah tak kerja kat situ, ( pekerja2 kat situ kebanyakkan sebaya aku je, lepasan spm jugak, jadi aku target, lepas ni mesti diorang ni akan sambung belajar lagi, rasanya panggilan mungkin bulan 6 camtu.. jadi kebarangkalian mereka2 ini akan bekerja kat situ lagi lepas 3 bulan amat tipis...heheh)  malu beb, kalau aku terjumpa diorang!  hoho dah lah kat longwan tu ada jugak budak yang sama sekolah dengan aku nampak aku kerja kat situ... dia bahagian tudung.. mesti dia pelik aku kerja sehari ja... hahaha.

aku harap sangat aku dah tak terserempak dengan diorang ni sampai bila2 dah... tapi, kalau terserempak jugak, harap diorang ni mengalami amnesia ... jadi diorang dah tak ingat atau kenal siapa aku...  (tp, adik aku cakap, amnesia tu hilang ingtan yg sementara..) betulka? alah, klau betul, aku harap diorang ada masalah nyanyuk lah.. ~

oklah, dah penat nak menaip.... Bye !
Assalamualaikum.


Pssttt : Aku rasa aku patut tukar tajuk entri ni kepada "kerja sehari dan cuti buat selama-lamanya"       ha ha ha





Monday, 9 March 2015

unknown title..

assalamualaikum...

Hmm.. hmmm..... hmmmmm....... err.... hmmmm....  
~5 minit kemudian...  err....  hmmm... hmmm...  haishhhh, masih x da idea nk mula ngan apa... rasa cam nak gigit- gigit ja hujung laptop ni.... 

 ok, itu saja pendahuluan aku... muahaha.. 
lama sangat tak post entry baru, aku pun sampai dah tak tahu nak mula ayat macam mana.. huhu kesian kan? lagipun tak ada apa yang menarik sangat yang aku nak tulis kat sini,... ye la, buat sementara waktu ni hidup aku kan cuma mengANGGUR aje.. lesen keta pon aku ta amik lagi.. 
so, keja aku setiap hari, ulang benda yang sama je la.... huhu bosan gak hidup seorang penganggur macam aku ni...

ok! sekali lagi, aku rasa  tak da apa2 point yang penting pon yang aku tulis kat atas ni.. ok2.. buang masa betul rasanya sebab aku taip sikit, pastu padam balik... taip.. padam... nampak tak bertapa ketandusannya idea aku.. tambah2 dah habis sekolah macam sekarang ni, so memang otak aku ni dah lama tak generate... harap faham =) 

apa-apa pon, Alhamdulillah akhirnya result spm dah pon keluar 3 march haritu.... no more penantian atau debaran untuk tunggu result spm lagi, cuma tunggu untuk sambung belajar la pulak...  Ha... cakap pasal result, nak tergelak pulak rasa, selalunya mak ayah orang lain, tolong tenang kan anak diorang yang nervous nak tunggu result spm... tapi mak aku ni lain la pulak, siap marah lagi sebab tengok aku macam biasa2 je...  kata aku tak da perasaan la apa la... huhu.... sebernanya 2-3 hari sebelum result keluar tu, aku memang dah tak tenang... nak buat apa suma rasa macam tak kena... haha.. tapi, aku tak tunjuk la ke'nerves'san aku tu depan family, maka disebabkan itu lah, mak terchintaa  cakap aku ni jenis yang tak ada perasaan, boleh lagi relax2 la.. dan bla bla bla... aku tak ingat apa lagi yang mak aku cakap, ye la time tu aku memang tengah nervous gila, jadi apa yang orang cakap, aku cuma angguk2 je .. tapi tak masuk  dalam otak pun... muahaha 

Alhamdulillah, walaupun tak dapat straight A macam yang aku idam2kan masa form4(time form4 je la aku berangan nak 10A+, tapi bila naik form5... rasa macam alamak..alamak.. alamak.. haha), macam mana pun aku bersyukur dapat buat mak dan abah happy dan aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.... Alhamdulillah...  tahniah juga buat semua kawan2 yang dapat result cemerlang... yang dapat biasa2 macam aku ni, xpa2 jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita terus belajar dengan lebih gigih lagi... mana tahu nanti bila sambung belajar kat tempat lain  kita dapat buat lagi baik dari mereka yang cemerlang spm ni? kan3? hhaha... aminn..amin... hehe..
betul la orang cakap, macam mana usaha kita, macam  tu la yang kita dapat.... jadi, buat adik2 aku tu,(macam la hampa nak baca sangat kan?)  belajar rajin2.. usaha dari awal.. jangan jadi macam kakak uolls ni dah trial baru lintang pukang nak ulangkaji, baca, menghafal  apa semua... susah tau tak, bila kita tak warm up awal2 tetiba terus nak pecut... memang kejang abis la segala urat sendi otot2 ko tu kan? melainkan awak2 semua ni jenis yang cepat tangkap walau study last minute =)... kalau I, memang tak la... haha.. aku ni jenis yang lepas balik sekolah kena study balik apa yang cikgu dah ajar kat sekolah, sebabnya kalau tak buat cam tu, memang sampai bila2 aku tak faham.... lambat tangkap... huhu.. aku tengok kawan2 aku semua ok je kat sekolah... cepat je tangkap apa yang cikgu dah ajar... aku je yang selalu blur tak faham2.. hahaha.. sadis hidup..

selain daripada itu,( dah kenapa, ayat aku macam karangan) aku rasa tahun ni la birthday aku yang paling best tak tenang.. ye la, tarikh birhday kan dekat2 dengan result spm keluar, nasib baik result spm keluar 3 march.. birhday aku 5 march... jadi bila dah dapat tahu result dulu, tak de la aku gelisah bagai.. macam kawan aku tu haha.... kesian dia sambut birthday pun tak tenang, asyik nak ingat result spm...  oh ha, terima kasih buat sahabat2 semua yang wish birthday aku hari tu... yang wish kat wechat tepat pukul 12.01 am pon ada.. hehe.. TQ2.... tapi, masa tu aku dah sedap berdengkur.. muahahaha.. pagi esok tu, baru aku baca, dan balas....  yang si arina pulak, buat den terharu jo baco wish dia.. =') thanks kawan... apa pon terima kasih pada semua yang wish tu, walaupun besday aku dah lepas. tapi tengahari  tadi pun masih ada kawan yang wish... hehe bukan kita minta sangat orang wish, tapi bila ada orang ingat, rasa sangat dihargai.. bersyukur sangat ada kawan2 macam awak2 semua.... terima kasih =)

oklah, sampai sini dulu entry aku...  ayat pun dah berbelit-belit, isi bercampur-campur bagai... padanlah dengan mula2 ayat yang aku tak tahu nak cakap pasal apa tadi... huhu.. k,bye..

pssstt : In Syaa Allah entri akan datang, saya akan post  bacaan dan amalan semasa musim peperiksaan dan amalan2 sementara menunggu result peperiksaan =)