Assalamualaikum dan salam jumaat readers... =)
Hmmm, dah tak sabar rasanya... nak rasa duduk diperantauan, belajar berdikari dan berjauhan dengan family... first time nak rasa berpuasa sendirian tanpa family, lepas tu nanti nak post gambar bukak puasa sorang2 dekat family tercinta sambil mendengar lagu raya yang sayu-sayu tu....kononnya sedih dan syahdu yang teramat sangat duduk diperantauan tanpa keluarga tersayang... lepas tu,...
okay, Belum apa-apa lagi aku dah siap berangan sampai ke situ hah...
Mengada betul kau ni fatin.. -,-'
Oklah, sebelum aku buat ayat yg aku sendiri pun rasa menyampah gila bila nak baca balikkan, lebih baik kita teruskan....
macam yang aku pernah bagitau sebelum ni, aku dapat tawaran ke kolej matrikualasi kedah, changlun... dan baru2 ni keputusan upu pun keluar.. aku dapat kos dip. sains komputer kat UiTM Arau Perlis..
masa mula2 tu, aku memang tak tahu nak buat keputusan sama ada nak pergi matrik atau U..
Abah suruh pegi U, tapi aku pulak nak pegi matrik... Hmm.. tapi lama2 alhamdulillah abah okay ja kalau nak pegi matrik, Jadinya keputusan aku nak masuk matrikulasi tetap sampai sekarang =)
tp tu la, matrik ni kan fast track... jadi aku kena betul2 strugle la.. sebab aku ni jenis yang lambat tangkap sikit... huhu
Aku pun dah beli barang sikit2.. checklist barang2 semua aku tengok kat blog akak2 dan abang2 yang post pasal benda nie, almaklumlah... sebelum ni aku tak pernah pun duduk asrama, tu yang macam jakun sikit.. heheh..
ok lah, ni adalah senarai2 yang perlu dibawa atau persediaan ke matrikulasi yang aku bodek2 kat blog senior2 tu.. tak semestinya matrik saja, untuk ipt pun boleh tengok checklist ni, sebab barang2 dia pun lebih kurang sama ja... apa-apa pun credit to senior yang dah share senarai2 barang ni.. thanks ya =) aku cuma tambah sikit2 ja..
kebanyakkannya aku ambil dari blog kak ain ~~ Al Fateh~~
PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN KE MATRIKUALASI
Alat tulis
-textpad/kertas kajang dan A4 paper (utk kegunaan experimen & assignment)
-kalkulator saintifik (penting!)
-buku nota panjang dan pendek (catat nota penting)
-pen/pensel/pemadam/liquid paper/pembaris panjang dan pendek
-selotep (diorang kata boleh guna juga utk bunuh binatang yg nama charlie, aku pun tak tau binatang tu mcm mana rupa dia, haha)
-stapler/ubat stapler (yg kecik pun dh cukup)
-highliter
-gunting/gam
-fail (beli yg boleh muatkan banyak kertas)
-pembalut hadiah(utk kegunaan pada board, sbgai lapik dalam almari atau meja)
Pakaian
ni utk perempuan la, lelaki aku tak tau sangat.. hhehe
-Baju kurung yg banyak.. (atleast 10 helai) sbb pegi kelas pakai baju kurung ye.. aku tgok ada yg suruh bawak skurang-kurangnya 15.. ~~
-baju lengan panjang (beriadah/keluar makan)
-blouse/skirt labuh/baju jalan2 (utk outing) ikut kolej jugak, ada yg bebas.. ada yg kena pakai baju rasmi..
-seluar sukan/tracksuit(atleast 4helai)
-seluar slack hitam( utk aktiviti rasmi kolej)
-T-shirt/baju lengan pendek/baju tidur/seluar pendek
-Inner baju/kardigen/kain dalam/pakaian dalam/kain batik/sweater
Kepala
-tudung bawal/ariani/selendang (xkisah warna apa, pastikan ada warna hitam)
-anak tudung
-pin tudung (kalau orang jenis mcm aku, mmg kena bawak banyak2 sebab selalu hilangkan pin tudung)
-sikat/sepit rambut/getah rambut/ cekak
Kaki
-flatshoes sahaja
-kasut sukan
-selipar tandas
-sandal
-stokin(warna hitam/ putih/ corak)
Penjagaan diri
-pencuci muka
-sabun mandi
-ubat gigi/ berus gigi
-shampoo
-minyak rambut
-deoderent
-losyen bdan
-bedak
-minyak wangi
-pengetip kuku/earbuds/sikat
-tuala 2x
-pad (bukan xda jual kat kolej, tapi beli jelah sementara nak kenal2 tempat jual barang2 semua)
Laundry
-hanger(bawak banyak)
-hanger kecil ( nk sangkut yg kecil2 tu..)
-pengepit baju
-sabun basuh baju
-baldi(basuh baju)
-gayung
-berus baju
-bakul kecil (letak syampoo, ubat gigi dll)
-bakul baju kotor
Bilik
-cadar/sarung bantal
-selimut
-bantal extra
-jam loceng
-cermin muka
-kunci mangga (nk kunci loker)
-kelender kecil
-pewangi loker
-sejadah
-telekung 2x (senang nak basuh)
-yassin/al-quran
-bag baju
-bag nk guna utk kelas
Stok makanan
-snek/biskut/roti
-minuman segera (milo 3 in 1 dll)
-pinggan/mangkuk/cawan/mug/tupperware
-sudu/garfu
-pisau potong buah (hati-hati)
-air mineral
-thermos
-botol air
Ubat-ubatan
-panadol
-eno halia dll
-minyak angin/ minyak gamat
-ayemo
-plaser
-ubat demam, selsema dll
Gadget
-handphone/charger handphone
-laptop/chrger laptop ( diorang cakap tak guna sangat pn laptop kat matrik.. guna utk tengok movie je time bosan) *ada yg kata guna utk buat assignment dinamika atau nk buat presentation*
Dokumen
-borang-borang yg matrikulasi suruh bawa..
-salinan ic pelajar, ibu bapa (fotostap banyak siap2)
oklah, sampai sini je kot..
adik aku kata, aku ni poyo gila nak buat checklist bagai... haha... dia apa tahu, aku tgh excited gila nie.. hehe.. kalau boleh, hari ni jugak nk pegi matrik... *jap, baru aku perasan bertapa poyonya aku* haha..
Aku bukannya apa, jealous kot tengok kawan2 yg masuk form6 dah start orientasi... aku ni, duk umah makan tidur-makan tidur.. menghabehkan boras yo... dah la pemalas!
mesti mak aku dah meluat gila2 tengok muka aku yg pemalas ni kat umah...
sorry mak... =)