Thursday, 7 May 2015

persiapan ke kolej matrikulasi.(checklist barang yg perlu dibawa)

Assalamualaikum dan salam jumaat readers... =)

sekarang ni semua pelajar lepasan spm 2014  mesti dalam persiapan untuk sambung belajar kan? tak kira lah sambung belajar ke matrik, form6, ipt, kptm, politeknik dan sebagainya...

Hmmm, dah tak sabar rasanya... nak rasa duduk diperantauan, belajar berdikari dan berjauhan dengan family... first time nak rasa berpuasa sendirian tanpa family, lepas tu nanti nak post gambar bukak puasa sorang2 dekat family tercinta sambil mendengar lagu raya yang sayu-sayu tu....kononnya sedih dan syahdu yang teramat sangat duduk diperantauan tanpa keluarga tersayang...  lepas tu,...
okay,  Belum apa-apa lagi aku dah siap berangan sampai ke situ hah...
Mengada betul kau ni fatin.. -,-'

Oklah, sebelum aku buat ayat yg aku sendiri pun rasa menyampah gila bila nak baca balikkan, lebih baik kita teruskan....
macam yang aku pernah bagitau sebelum ni, aku dapat tawaran ke kolej matrikualasi kedah, changlun... dan baru2 ni keputusan upu pun keluar.. aku dapat kos dip. sains komputer kat UiTM Arau Perlis..
masa mula2 tu, aku memang tak tahu nak buat keputusan sama ada nak pergi matrik atau U..
Abah suruh pegi U, tapi aku pulak nak pegi matrik... Hmm.. tapi lama2 alhamdulillah abah okay ja kalau nak pegi matrik, Jadinya keputusan aku nak masuk matrikulasi tetap sampai sekarang =)
tp tu la, matrik ni kan fast track... jadi aku kena betul2 strugle la.. sebab aku ni jenis yang lambat tangkap sikit... huhu
Aku pun dah beli barang sikit2.. checklist barang2 semua aku tengok kat blog akak2 dan abang2 yang post pasal benda nie, almaklumlah... sebelum ni aku tak pernah pun duduk asrama, tu yang macam jakun sikit.. heheh..

ok lah, ni adalah senarai2 yang perlu dibawa atau persediaan ke matrikulasi yang aku bodek2 kat blog senior2 tu.. tak semestinya matrik saja, untuk ipt pun boleh tengok checklist ni, sebab barang2 dia pun lebih kurang sama ja... apa-apa pun credit to senior yang dah share senarai2 barang ni.. thanks ya =) aku cuma tambah sikit2 ja..
kebanyakkannya aku ambil dari blog kak ain ~~ Al Fateh~~


PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN KE MATRIKUALASI

Alat tulis
-textpad/kertas kajang dan A4 paper (utk kegunaan experimen & assignment)
-kalkulator saintifik (penting!)
-buku nota panjang dan pendek (catat nota penting)
-pen/pensel/pemadam/liquid paper/pembaris panjang dan pendek
-selotep (diorang kata boleh guna juga utk bunuh binatang yg nama charlie, aku pun tak tau binatang tu mcm mana rupa dia, haha)
-stapler/ubat stapler (yg kecik pun dh cukup)
-highliter
-gunting/gam
-fail (beli yg boleh muatkan banyak kertas)
-pembalut hadiah(utk kegunaan pada board, sbgai lapik dalam almari atau meja)

Pakaian
ni utk perempuan la, lelaki aku tak tau sangat.. hhehe
-Baju kurung yg banyak.. (atleast 10 helai) sbb pegi kelas pakai baju kurung ye.. aku tgok ada yg suruh bawak skurang-kurangnya 15.. ~~
-baju lengan panjang (beriadah/keluar makan)
-blouse/skirt labuh/baju jalan2 (utk outing) ikut kolej jugak, ada yg bebas.. ada yg kena pakai baju rasmi..
-seluar sukan/tracksuit(atleast 4helai)
-seluar slack hitam( utk aktiviti rasmi kolej)
-T-shirt/baju lengan pendek/baju tidur/seluar pendek
-Inner baju/kardigen/kain dalam/pakaian dalam/kain batik/sweater

Kepala
-tudung bawal/ariani/selendang (xkisah warna apa, pastikan ada warna hitam)
-anak tudung
-pin tudung (kalau orang jenis mcm aku, mmg kena bawak banyak2 sebab selalu hilangkan pin tudung)
-sikat/sepit rambut/getah rambut/ cekak

Kaki
-flatshoes sahaja
-kasut sukan
-selipar tandas
-sandal
-stokin(warna hitam/ putih/ corak)

Penjagaan diri
-pencuci muka
-sabun mandi
-ubat gigi/ berus gigi
-shampoo
-minyak rambut
-deoderent
-losyen bdan
-bedak
-minyak wangi
-pengetip kuku/earbuds/sikat
-tuala 2x
-pad (bukan xda jual kat kolej, tapi beli jelah sementara nak kenal2 tempat jual barang2 semua)

Laundry
-hanger(bawak banyak)
-hanger kecil ( nk sangkut yg kecil2 tu..)
-pengepit baju
-sabun basuh baju
-baldi(basuh baju)
-gayung
-berus baju
-bakul kecil (letak syampoo, ubat gigi dll)
-bakul baju kotor

Bilik
-cadar/sarung bantal
-selimut
-bantal extra
-jam loceng
-cermin muka
-kunci mangga (nk kunci loker)
-kelender kecil
-pewangi loker
-sejadah
-telekung 2x (senang nak basuh)
-yassin/al-quran
-bag baju
-bag nk guna utk kelas

Stok makanan
-snek/biskut/roti
-minuman segera (milo 3 in 1 dll)
-pinggan/mangkuk/cawan/mug/tupperware
-sudu/garfu
-pisau potong buah (hati-hati)
-air mineral
-thermos
-botol air

Ubat-ubatan
-panadol
-eno halia dll
-minyak angin/ minyak gamat
-ayemo
-plaser
-ubat demam, selsema dll

Gadget
-handphone/charger handphone
-laptop/chrger laptop ( diorang cakap tak guna sangat pn laptop kat matrik.. guna utk tengok movie je time bosan) *ada yg kata guna utk buat assignment dinamika atau nk buat presentation*

Dokumen
-borang-borang yg matrikulasi suruh bawa..
-salinan ic pelajar, ibu bapa (fotostap banyak siap2)


oklah, sampai sini je kot..
adik aku kata, aku ni poyo gila nak buat checklist bagai... haha... dia apa tahu, aku tgh excited gila nie.. hehe.. kalau boleh,  hari ni jugak nk pegi matrik... *jap, baru aku perasan bertapa poyonya aku* haha..

Aku bukannya apa, jealous kot tengok kawan2 yg masuk form6 dah start orientasi... aku ni, duk umah makan tidur-makan tidur.. menghabehkan boras yo... dah la pemalas!
mesti mak aku  dah meluat gila2 tengok muka aku yg pemalas ni kat umah...
sorry mak... =)






Tuesday, 21 April 2015

luahan itu

ASSALAMUALAIKUM..

Entry kali ini mungkin agak panjang dan sedikit serius, sebenarnya banyak benda yang nak aku luahkan... tapi, sampai sekarang tak terluah.. aku pun tak tahu kenapa susah sangat nak luahkan apa yang aku rasa.. bukan pengecut.. tapi entahlah.. aku sendiri tak ada jawapan... yeah, mungkin betul apa yang kawan2 aku selalu cakap.. aku suka pendam sesuatu.. bukan itu niat aku sebenarnya, masalahnya aku sendiri tak tahu macam mana nak luahkan... 

Pernah tak rasa macam kau tertunggu-tunggu seseorang, kau nak dia tegur kau.. tapi pada masa yang sama kau langsung tak cuba nak tegur dia, kalau boleh kau nak dia yang tegur kau dulu.. ya, aku pun macam tu... patutkah kita panggil ia sebagai ego? aku tak pasti.

Kadang kau tertanya-tanya macam mana keadaan dia,  khabar dia... apa yang dia tengah buat, tapi tu semua hanya dalam hati kau, tak terluah.. sedihkan? kita tak mampu nak tanya semua itu pada orang yang kita sayang.. tak kiralah kepada siapa.. mak.. ayah.. adik beradik.. kawan.. atau siapa sahaja.. kadang kau terfikir, adakah orang yang kau tunggu-tunggu tu, ingat tentang kau.. kadang kau rasa marah, sakit hati, geram, benci tapi pada masa yang sama kau sayang sangat kepada dia... 

Kadang bila kau dah mula putus asa, kau rasa macam nak lupakan dia... kau dah tak nak ingat apa-apa tentang dia.. tapi kau gagal... kau gagal lupakan dia... sebab apa? sebab kau dah terlalu sayangkan dia... kau rasa apa yang patut kau buat? 
kalau aku, aku rasa macam nak lempang muka dia, lempang 50 kali kiri kanan tanpa henti... then, aku rasa macam nak tarik2 rambut dia sehelai2 sampai botak... lepas tu aku nak terjun atas dia banyak kali sampai aku puas... kejam sangat kah aku? well, sapa suruh dia tak faham2 isi hati aku..sapa suruh dia tak faham2 apa yang ingin aku sampaikan.. padan muka =P  
tapi aku tahu, itu tak kan terjadi.... nak berdepan pun aku tak mampu, inikan pula nak lempang apa semua bagai... ahh.. kenapa mulut selalu tak selari dengan tindakan? benci betul ! 

Pernah tak kau terasa hati dengan dia? maksud aku, dia selalu bercakap@ bertegur sapa @ bergelak ketawa dengan kawan kau... tapi dengan kau sendiri? dia langsung tak tegur... tak pernah sekali pun dia bercakap dengan kau.. apa perasaan kau? kau jawaplah sendiri... aku dah penah rasa... bukan sekali dua.. banyak kali... tapi, aku sedar... mungkin dia tak ada niat macamtu, mungkin.... so, kenapa aku nak terasa sangat? tak perlu bukan? ala, biasa la tu.. chill la... buat don't know sudah... Ya, aku tahu, ini ayat sedapkan hati.... =')

Kadang pernah tak kau rasa macam rendah diri? kau rasa macam dia sangat istimewa... sedangkan kau? kau cuma biasa2...  dan ini salah satu sebab kenapa kau rasa macam nak elakkan diri kau dari dia... walaupun sebenarnya dalam hati kau teringin nak dekat dengan dia... tapi bila kau teringatkn diri kau yang ''hnya biasa2''.. kau rasa rendah diri.. dan sebab tulah jugak kau lebih suka "menyembunyikan diri"... kau rasa, kau patut tak buat macam tu? entahlah.. aku rasa tak patut.. , maksud aku disini, cara pemikiran kau... kau tak patut berfikir macam tu... Ya, memang betul sifat mrendahkan diri itu bagus... tapi bukan merendah diri seperti itu. Itu sama sahaja seperti kau hina diri kau... maaf, kalau apa yang aku cakap.. buat kau terasa...  tapi, aku tetap dengan pendirian aku... kau kena ingat, Allah ciptakan kita sama sahaja semua.... semuanya sudah cantik, elok, sempurna....  kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing2... jadi, aku tak faham kenapa ada sesetengah orang yang masih mengeluh dengan apa yang mereka ada sekarang... aku tujukan ini buat diri aku juga... kita sebagai manusia memang banyak khilaf yang kita lakukan tanpa sedar ataupun dalam keadaan sedar sekali pun... kadang kita alpa... ya, kita alpa...

Pernah tak, kau rasa macam penat sangat? penat nak pendam sesuatu yang dah lama kau nak luahkan, tapi sampai sekarang tak terluah... ya, kita sama sahaja... 
aku nak luahkan, tapi aku tak mampu... bahkan sampai sekarang tak terluah.... 
sampaikan kadang2 kau sendiri lupa... apa yang kau simpan selama ni? apa yang nak kau luahkan sebenarnya... tapi, kemudian... kau sedar, tak semua benda kau boleh luahkan... kadang benda tu lebih baik disimpan kemas dalam hati kita... ingatan kita... biar kita sahaja yang tahu... mungkin sebab tu sampai sekarang ia tak terluah... kerna jawapan yang tepat, tak semua benda kita boleh luahkan sekarang... satu saat masanya tentu akan tiba... dan saat itu, kau takkan rugi... kerna kau dah luahkan kepada 'dia' yang sebenar....

salam rindu, 
~NurFatinAmiraMansor~

Wednesday, 15 April 2015

quick post...

ASSALAMUALAIKUM.

Just a quick and short post from me here...  =)
7 april yang lepas aku dh selamat buat ukcg di kampus ipg pulau pinang, bukit combee. Apa yang boleh aku simpulkan dekat sini, emm... best la jugak.. dapat pengalaman baru... kawan baru...
dapat ke tak untuk pangilan yang ke seterusnya, aku redha je lah... tapi, nak ikutkan sebenar-benarnya aku memang tak minat pun nak jadi cikgu, aku tak reti la nak mengajar orang.... ajar adik sendiri pun dah berbelit-belit fakta aku bagi.. kahkahkah.. adik aku sendiri pun tak faham apa yang aku ajar.. tau2 je dah dapat jawapan.... tapi jalan kira, langsung dia tak faham.. haha.. buek ponat den yo mengajor dio..

Okay, 13 april yg lepas pulak, tarikh tawaran belajar ke matrikulasi keluar... aku dapat matrik kedah... program matrikulasi setahun, sains....  Sebelum ni aku teringin nak pegi jauh2.. macam melaka .... selangor... N.9.... hoho.. bukan main lg kn aku, nak yg jauh2 aje... padahal sebelum ni tak pernah pun duduk berjauhan dengan family.. paling lama pun, 4 hari, tu pun sebab ada kem.... hehe.. Apa pon, aku bersyukur sebab dapat jugak tawaran ke KMK tu...

Hmmm, nak pergi matrik atau tak.. aku pon tak tau lagi,.. masih dalam pertimbangan..... tp, kalau boleh ingat nak pegi matrik ja.. masa singkat.. setahun ja... jimat sikit masa.... habis awal So, boleh kawen awal! ehh?? bhahahahaha... ok2 dah, serius... kawan2 sekolah aku pun ramai jugaklah yang dapat matrik kedah ni.... yang dapat matrikulasi p.pinang pon ada... lagi dekat depa tu.. haha..  yang si Mi'ah pulak dapat kat perak.... dia sorang ja perak,, hihi... UPU pun tak keluar lagi, bila erk keputusan upu nak keluar? kalau form6 pulak, aku tak dapat... kawan2 aku yang mana dapat matrik pun semua tak dapat form6... memang macam tu agaknya...


Hmm... tu ja la buat sekarang ni.... ok bye2! =)

Sunday, 22 March 2015

yeay ! pengalaman pertama bekerja =)

Assalamualaikum.

Hai dan hai semua !
uolls tengok tajuk entri I kat atas ni.. haha nampak cam eksaitedd bebenor kan aku? saje je buat tajuk gitu, padahal aku tak rasa apa2 pon... bak kata mak aku, aku ni jenis yang tak ada perasaan...terus aku rasa mcm err~~(speechless) ala mak tak tau anak mak ni kadang2 jiwa sensitif gak tau.. lepasni aku nak layan citer2 triller pulak bagi jiwa kental sikit, apa barang jiwa lembut macam kuih pau yang sebiji harga RM2.00 tu kan? tapi aku rasa pau2 sekarang dah tak lembut macam dulu.. mak aku buat lagi lembut, sodapp lagi. :p

okei-okei, sebelum aku lari tajuk lebih baik aku mula sekarang. Gini citernya, kan aku dah bagitau kat entri sebelum ni yang kerja aku mengANGGUR je kan? hihi... lepas beberapa minggu tu, aku terima panggilan dan mendapat tawaran untuk bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur. dan aku rasa sekarang lebih baik aku berhenti daripada berangan yang tinggi2 dan bagitau citer rekaan yang tak masuk dek akal mcam sekarang ni kat uolls.. haha, ye la apa yg uolls expect budak baru habis spm mcm aku ni kerja kat hospital? ahahah  Okla, gini ceritanya, masa malam hari khamis aritu, hidayah yang tuisyen pbcs sama aku, call... dia kata kat tmpat kerja dia tu ada sorang pekerja ni yang nak behenti kerja, lepas tu dia bagi kat aku no. phone tauke kedai tu... kalau2 aku nak minta kerja kat situ... aku pon macam blurr2 sikit malam tu.. hehehe ye la, tetiba  orang call malam2 tanya nak kerja ke tak.. sebenarnya, aku tak rasa pun macam nak minta kerja kat mana2 lepas aku di reject dulu.. haha.. masa bulan 12 aritu aku ada tanya kerja kosong kat kedai buku syarikat adam tu, then, diorang kata ada.. tapi kena isi borang dulu.. aku pon semangat gila sebab ada harapan kerja kat kedai buku.. dalam otak ni, cuma fikir nak baca novel2 yang jual kat kedai buku tu secara percuma je.. haha buruk perangai, jangan tiru! tapi last2 orang yang jaga kaunter tu kata, diorang tak nak budak lepasan spm, diorang nak pekerja tetap sebab kalau ambil pekerja lepasan spm nanti diorang kena cari pekrja baru lagi sebab budak spm berapa lama je yg nak kerja, mesti lepas tu nak sambung belajar lagi....
SEE? tidak kah mereka2 ini telah memberi harapan palsu kat aku? huhu T_T (sebak sungguh rasa hati ini)..

ok, sambung tadi, lepas dayah call aku tu, aku bagitau kat mak ngan abah.. nak tanya pendapat diorang....  mak ngan abah cakap ikut suka la nak kerja ke tak nak... tapi, daripada duduk saja ja kat umah ni lebih baik kakak kerja cari pngalaman kerja dengan orang...  tapi, masa tu aku rasa macam dah malas nak pergi kerja, ye la nak dekat 3 bulan lebih kot aku duk goyang kaki kat rumah... tu yang dah rasa malas tu... pastu, bila aku fikir2 balik, aku rasa betul gak cakap abah, sekurang-kurangnya aku dapat gak pengalaman bekerja walaupun sekejap... oh ha, ni kerja kat Longwan... tapi bukan cashier atau bahagian susun barang tu, aku dapat bhagian kuih bahulu tradisional... then, aku tanya Dayah macam mana dia punya shift, gaji apa suma... and lepas habis cakap ngan dayah aku terus cakap kat mak ngan abah..

mak, abah.... orang tak jadi la nak p kerja situ... malas la...gaji sikit sangat....  dayah kata orang baru RM20 ja sehari...  buat penat ja p...

hahahah... ko tengok! demand gila aku.... tanya gaji bagai, dah tu nak kerja yg gaji mahal2 ja.. hhaha.. tapi, esoknya aku pegi jugak sebab dayah dah bagitau kat tauke tu... p.cik tu kata masuk pukul 10 pagi dan habis pukul 6 petang. Esoknya, aku pun siap2 dan keluar la awal sikit...  sebab nak isi minyak motor dulu... mula2 ingat nak isi kat stesen minyak, tapi bila cek balik perghh minyak sikit je lagi nak habis.. aku tengok kat tangki tu 1cm je lebih kurang paras minyak tu... huhu... dalam hati dok marah adik sebab naik motor tak reti isi minyak.... pada masa yang sama dok mintak dalam hati, jangan la minyak habis tengah jalan sambil baca hasbunallah wani'mal wakil banyak2 kali... lepas tu aku teringat ada kedai minyak tepi jalan kat kawasan rumah aku (minyak pam yang kat kedai runcit tu), jadi aku rasa lebih baik isi kat situ dulu sebab kalau nak pegi shell ka ap ka memang jauh lagi la... syukur Alhamdulillah.. elok2 je aku sampai kat depan kedai runcit tu, minyak motor pon habis....
aku yakin berkat doa yg aku bca td... sebab selalunya klau aku bca ''hasbunallah wani'mal wakil'' mesti Allah permudahkn urusan  aku, cuma kita perlu yakinlah dengan perolongan Allah... In Syaa Allah, Dia akan beri atau tunjukkan jalan pnyelesaian kpd kita....

Dh habis isi minyak, aku tengok jam kat phone, dh pukul 9.45 camtu... terus pulas minyk, rasa tak sedap hati pulak kalau aku pegi lambat. dah lah hari tu first day aku kerja... muka tauke pun aku tak jumpa lagi... memang kelam kabut la aku bwak moto. Oh ha,  I rempit ok! haha...
brapa minit lepas tu, aku pn sampai, and hampa nak tau dak, longwan tak bukak pon lagi... hampeh betuila! buat penat cek pulaih  minyak ja... tu pon tak habis pikir lagi, macam mana la tetiba aku accident... Nauzubillah..
Lebih kurang pukul 10.20 cam tu la, bru pagar luar Longwan bukak.. tp,aku kena tunggu lama lagi sebab yang bahagian bahulu tradisional tu tak bukak lagi... pagi tu ada masalah agaknya, sebab tu la pekerja kedai bahulu tu bukak kdai lambat sikit... awal2 ni pun dh ada satu incident yang aku sendiri tak tau nak kelaskan sbagai apa.. memalukan ke lawak.. atau mungkin kedua-duanya sekali.. macam ni, kedai bahulu tradisional tu kan bersebelahan dengan kedai jeruk madu pak ali..(sebnarnya waktu tu, aku lupa yg sebelah tu ada kedai jeruk) dan aku masa ni dengan gelejohnya selamba badak ja pegi tanya salah seorang pekerja kat situ.. dan yang pekerja tu pulak sebenarnya bukan pekerja bahulu tapi pekerja jeruk madu pak ali tu... dan adalah dialog antara kami dua yang buat aku gelak guling2 bila ingat balik... tak payah cerita kat sini, buat malu aku jah... hahaha... macam mana tah aku boleh lupa yang kat situ pun ada kedai jeruk.. padahal banner jeruk madu pak ali tu punyalah besar kat depan tu, tapi aku boleh tak perasan kahkahkah...

rasa macam panjang gila entri aku kali ni, k la, pendekkan sikit....
dah kenal2 dengan salah seorang pekerja bahulu tu, dia pun bagi aku kad.. hehe first time aku merasa punch card.. terus berangan keja kat pejabat, padahal longwan je punn~~
Banyak jugak yang aku belajar dalam sehari tu... selain dayah, aku dapat 2 orang kawan baru,  sorang nama zati, sorang lagi aku tak ingat hehe....  tapi yang tak bestnya, nak minta cuti pun payah, isnin sampai ahad kot kerja! nak minta cuti pun aku tengok diorang ni sampai bergaduh bagai dan adalah masalh sikit antara pekerja2 lama kat situ... ye lah, aku kan orang baru... takut jugak nak masuk campur... dan akhirnya aku ambil keputusan nak berhenti kerja...  zati dgn yg sorang lagi tu tak bagi aku berenti kerja, diorang cakap bukan salah aku pun nk bhenti kerja, tu ntara diorang dgn pkerja lama ja... lagipun diorang kata esok shift pagi, memang tak ada orang kerja... aku pn serba salah jugak.. tapi tu lah, aku ckp kat diorang yg malam tu aku nak kena pegi ipoh.. dan aku sendiri pun tak tau berapa hari duk ipoh tu....
malam tu, aku bagitau balik kat diorang kata aku nak berhenti.... serba salah weii, tak pasal2 diorang kena cari orang baru lagi.... aku rasa diorang mesti marah2 aku sebab kerja sehari ja... lepastu  diorang nak kena cari orang baru pulak...huhu... serius! sampai sekarang aku rasa bersalah...
kejap,kenapa ayat aku dalam perenggan ni rasa macam aku tengah membebel ehh? kah kah kah, benci betul!

tapikan sebenarnya, dalam perasaan yang penuh rasa bersalah(kononnya) aku lega jugaklah sebab dah tak yah kerja kat situ.... muahahaha... kerja tu okay je sebenarnya, tapi aku je yg tak leh nak  masuk. rasa macam tak kena dengan jiwa aku la... hahaha.. aku rasa lebih baik aku kerja dengan abah aku, tolong dia buat katering. gaji pun 3x kali ganda.... kadang aku tlong pasang sketing meja makan pengantin yang tak sampai 1 jam pun dah dapat sama banyak dgn gaji kat situ...
Eh, jap jap, kenapa aku rasa macam aku ni mata duitan pulak. kah kah kah.. aku bukan mcm tu la..tapi klau betul pun, korang ingat aku nak mengaku? :p muahaha.. ok2 gurau saja...  tapi sebenarnya bagi aku, aku tak kisah pun gaji banyak mana, janji halal dan  pengalaman tu yang penting... jadi, korang jangan la ingat aku berhenti kerja sebab gaji atau masalah antara pekerja2 lama katsitu, sebab yang bergaduh tu sesama diorang, aku tak ad kena mengena pun.. cuma aku blur jugak haritu tetiba dengar diorang bergaduh sesama sendiri.. ternganga aku dengar diorang bertekak.. hoho.. nak luruh jantung ni...
aku dah siap sedia nak bukak taekwando, andai kata diorang tetiba jadi hulk atau tetiba main baling2 loyang bahulu yang panas membara tu atau tetiba main simbah2 tepung bahulu yang telah siap dibancuh bersama tepung dan gula ataupun dengan lebih dahsyat sekali nak baling dengan mixer2 yang tengah berpusing laju. aku siap untuk semua kemungkinan itu, tapi hampa.... adegan2 seperti itu langsung tak berlaku sama sekali... >_<'

Bila ingat balik, aku sendiri tergelak, tak sangka first time aku kerja dengan orang, first time jugak aku kerja sehari je.. pastu boleh berhenti... XD...

mak ngan abah aku siap perli lagi...
  'tempat bekerja : bahulu tradisional-Longwan
  pngalaman bkerja:  satu hari
  gaji: RM 0'  ~ asyik dok ulang ayat ni ja~

tpikan, aku memang tak dapat gaji pun... sebab dia kan guna punch card, aku agak di kira sebulan kot.. tp, dh aku pun baru kerja sehari, nak dapat gaji apanya... hahaha tapi, aku ta kisah sangat pasal tak dapat gaji tu sebab  at least aku merasa punch card 2kali.. masa nak masuk keja dan nak balik... huahahaha.. ~ayat nak sedapkan hati. :')

Aku rasa, 3 bulan yang pertama ni, aku tak nak pergi longwan dah.. biar pkerja2 yang kat situ dah tak kerja kat situ, ( pekerja2 kat situ kebanyakkan sebaya aku je, lepasan spm jugak, jadi aku target, lepas ni mesti diorang ni akan sambung belajar lagi, rasanya panggilan mungkin bulan 6 camtu.. jadi kebarangkalian mereka2 ini akan bekerja kat situ lagi lepas 3 bulan amat tipis...heheh)  malu beb, kalau aku terjumpa diorang!  hoho dah lah kat longwan tu ada jugak budak yang sama sekolah dengan aku nampak aku kerja kat situ... dia bahagian tudung.. mesti dia pelik aku kerja sehari ja... hahaha.

aku harap sangat aku dah tak terserempak dengan diorang ni sampai bila2 dah... tapi, kalau terserempak jugak, harap diorang ni mengalami amnesia ... jadi diorang dah tak ingat atau kenal siapa aku...  (tp, adik aku cakap, amnesia tu hilang ingtan yg sementara..) betulka? alah, klau betul, aku harap diorang ada masalah nyanyuk lah.. ~

oklah, dah penat nak menaip.... Bye !
Assalamualaikum.


Pssttt : Aku rasa aku patut tukar tajuk entri ni kepada "kerja sehari dan cuti buat selama-lamanya"       ha ha ha





Monday, 9 March 2015

unknown title..

assalamualaikum...

Hmm.. hmmm..... hmmmmm....... err.... hmmmm....  
~5 minit kemudian...  err....  hmmm... hmmm...  haishhhh, masih x da idea nk mula ngan apa... rasa cam nak gigit- gigit ja hujung laptop ni.... 

 ok, itu saja pendahuluan aku... muahaha.. 
lama sangat tak post entry baru, aku pun sampai dah tak tahu nak mula ayat macam mana.. huhu kesian kan? lagipun tak ada apa yang menarik sangat yang aku nak tulis kat sini,... ye la, buat sementara waktu ni hidup aku kan cuma mengANGGUR aje.. lesen keta pon aku ta amik lagi.. 
so, keja aku setiap hari, ulang benda yang sama je la.... huhu bosan gak hidup seorang penganggur macam aku ni...

ok! sekali lagi, aku rasa  tak da apa2 point yang penting pon yang aku tulis kat atas ni.. ok2.. buang masa betul rasanya sebab aku taip sikit, pastu padam balik... taip.. padam... nampak tak bertapa ketandusannya idea aku.. tambah2 dah habis sekolah macam sekarang ni, so memang otak aku ni dah lama tak generate... harap faham =) 

apa-apa pon, Alhamdulillah akhirnya result spm dah pon keluar 3 march haritu.... no more penantian atau debaran untuk tunggu result spm lagi, cuma tunggu untuk sambung belajar la pulak...  Ha... cakap pasal result, nak tergelak pulak rasa, selalunya mak ayah orang lain, tolong tenang kan anak diorang yang nervous nak tunggu result spm... tapi mak aku ni lain la pulak, siap marah lagi sebab tengok aku macam biasa2 je...  kata aku tak da perasaan la apa la... huhu.... sebernanya 2-3 hari sebelum result keluar tu, aku memang dah tak tenang... nak buat apa suma rasa macam tak kena... haha.. tapi, aku tak tunjuk la ke'nerves'san aku tu depan family, maka disebabkan itu lah, mak terchintaa  cakap aku ni jenis yang tak ada perasaan, boleh lagi relax2 la.. dan bla bla bla... aku tak ingat apa lagi yang mak aku cakap, ye la time tu aku memang tengah nervous gila, jadi apa yang orang cakap, aku cuma angguk2 je .. tapi tak masuk  dalam otak pun... muahaha 

Alhamdulillah, walaupun tak dapat straight A macam yang aku idam2kan masa form4(time form4 je la aku berangan nak 10A+, tapi bila naik form5... rasa macam alamak..alamak.. alamak.. haha), macam mana pun aku bersyukur dapat buat mak dan abah happy dan aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.... Alhamdulillah...  tahniah juga buat semua kawan2 yang dapat result cemerlang... yang dapat biasa2 macam aku ni, xpa2 jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita terus belajar dengan lebih gigih lagi... mana tahu nanti bila sambung belajar kat tempat lain  kita dapat buat lagi baik dari mereka yang cemerlang spm ni? kan3? hhaha... aminn..amin... hehe..
betul la orang cakap, macam mana usaha kita, macam  tu la yang kita dapat.... jadi, buat adik2 aku tu,(macam la hampa nak baca sangat kan?)  belajar rajin2.. usaha dari awal.. jangan jadi macam kakak uolls ni dah trial baru lintang pukang nak ulangkaji, baca, menghafal  apa semua... susah tau tak, bila kita tak warm up awal2 tetiba terus nak pecut... memang kejang abis la segala urat sendi otot2 ko tu kan? melainkan awak2 semua ni jenis yang cepat tangkap walau study last minute =)... kalau I, memang tak la... haha.. aku ni jenis yang lepas balik sekolah kena study balik apa yang cikgu dah ajar kat sekolah, sebabnya kalau tak buat cam tu, memang sampai bila2 aku tak faham.... lambat tangkap... huhu.. aku tengok kawan2 aku semua ok je kat sekolah... cepat je tangkap apa yang cikgu dah ajar... aku je yang selalu blur tak faham2.. hahaha.. sadis hidup..

selain daripada itu,( dah kenapa, ayat aku macam karangan) aku rasa tahun ni la birthday aku yang paling best tak tenang.. ye la, tarikh birhday kan dekat2 dengan result spm keluar, nasib baik result spm keluar 3 march.. birhday aku 5 march... jadi bila dah dapat tahu result dulu, tak de la aku gelisah bagai.. macam kawan aku tu haha.... kesian dia sambut birthday pun tak tenang, asyik nak ingat result spm...  oh ha, terima kasih buat sahabat2 semua yang wish birthday aku hari tu... yang wish kat wechat tepat pukul 12.01 am pon ada.. hehe.. TQ2.... tapi, masa tu aku dah sedap berdengkur.. muahahaha.. pagi esok tu, baru aku baca, dan balas....  yang si arina pulak, buat den terharu jo baco wish dia.. =') thanks kawan... apa pon terima kasih pada semua yang wish tu, walaupun besday aku dah lepas. tapi tengahari  tadi pun masih ada kawan yang wish... hehe bukan kita minta sangat orang wish, tapi bila ada orang ingat, rasa sangat dihargai.. bersyukur sangat ada kawan2 macam awak2 semua.... terima kasih =)

oklah, sampai sini dulu entry aku...  ayat pun dah berbelit-belit, isi bercampur-campur bagai... padanlah dengan mula2 ayat yang aku tak tahu nak cakap pasal apa tadi... huhu.. k,bye..

pssstt : In Syaa Allah entri akan datang, saya akan post  bacaan dan amalan semasa musim peperiksaan dan amalan2 sementara menunggu result peperiksaan =)



Tuesday, 20 January 2015

jangan pergi...

Pada satu ketika. Aku termenung….
Memikirkan persoalan-persoalan yang sering kali menyinggah diminda
Namun hingga kini ,
Aku tiada jawapan yang pasti..
Jawapan yang bisa meyakinkan aku…

Lidahku kelu dalam keliru..
Tak tahu apa yang harus aku ungkapkan
Apa yang harus aku lakukan…
Aku tidak pasti…

Apa ini salah aku?
Apa mungkin berpunca dari aku sendiri?
Ya, inilah salah dan silapku..
Aku terlalu menyayangi mereka…
Terlalu sayang…

Aku gelisah,
Aku bingung,
Aku takut.
Aku risau….
Sering kali aku berfikir
Adakah mereka yang bersama aku hari ini,
Akan pergi meninggalkan aku hari esok?
Ya aku tahu setiap yang hidup itu pasti akan mati….

Tapi,
Bukan ‘pergi’ itu yang aku maksudkan,
‘pergi’ yang cuba aku sampaikan adalah….
Pergi dengan rela hati mereka sendiri…

Aku takut jika mereka hanya bersamaku untuk seketika…
Menemani aku menempuh suka duka,
pahit manis dan  menghadapi ujian dari Dia yang Esa...
Dan kemudiannya pergi begitu saja…
Pergi meninggalkan aku…

Bukan aku tak pernah merasainya…
Aku pernah alaminya…
Cukuplah aku katakan, ianya amat sakit…
Pedih…

Kadang aku terfikir mana mereka yang dulu?
Mana mereka yang aku sayang dahulu?
Mana? Mana? Dan mana?

Tapi, aku sedar
Setiap pertemuan itu pasti  ada perpisahan….
Tak kira macam mana sekali pun aku, kau dan dia merancang
tapi, tetap…
Perancangan Allah itu yang terbaik..
Ada hikmah disebalik ‘pergi’ nya mereka….


Cukuplah aku masih ada lagi mereka yang aku sayang
Keluarga, sahabat baik dan mereka yang masih setia disisiku…
Aku sangat menyayangi mereka…
Aku tak mahu perkara yang dahulu, berulang lagi..
Minta dijauhkan semua itu….

Aku mohon padaMu agar mereka sentiasa ada,
Menemaniku menghadapi liku-liku kehidupan,
Membantu aku dikala aku jatuh lemah
Menegur dan menasihatiku,
andai satu hari nanti  aku tersasar jauh meninggalkan Engkau….


  kepada kalian,
yang sudah melupakanku dan mereka yang masih bersamaku hari ini,
 kalian, sangat istimewa dalam hidup ini…
 sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata...
terima kasih atas segala memori dan kenangan-kenangan indah kita bersama,
terima kasih dan doa sahaja mampu ku berikan...
semoga hidup kalian sentiasa dipermudahkan Allah didunia dan diakhirat sana...
amin ya rabbal alamin.


~Fatin Amira Mansor~




Thursday, 15 January 2015

pentaksir ~1

Assalamualaikum readers !

Baiklah, Entry kali ni aku nak ceritakan serba sedikit suasana atau keadaan atau pengalaman aku dan kawan-kawan sewaktu bersama  pentaksir bagi matapelajaran ict kat sekolah aku..


Oh, ya.. sebelum lupa, dalam kelas aku ada subjek elektif yang perlu dipilih iaitu antara ICT(Information And Comunication Technology) dan LK(Lukisan Kejuruteraan). Jadi, maksudnya 10 subjek lah yang budak2 kelas aku ambil. Sebenarnya kalau boleh dua-dua aku nak ambik, sebab bagi aku ict ni sekarang memang penting.. dan subjek LK pun aku suka, sebab rasa macam best je tengok akak2 senior bawak buku LK yg besar2 gedabak tu, dengan pembarisT, sesiku set bagai.... lepas tu aku rasa  boleh la belagak sikit dengan menunjuk barang2 LK yg besau2 tu kat bebudak kelas lain… haha, buruk punya perangai!


Nak ikutkan kedua-dua subjek ni ada kelebihan masing2.. Tapi, bila aku fikir dan pertimbangkan semula, akhirnya aku ambik subjek ICT…. Punyalah susah aku nak buat keputusan nak ambik subjek apa… macam2 yang aku kaji dan siasat untuk kedua-dua subjek ni…  Nak tau cam na aku kaji?

Aku boleh bagitau kat korang semua cara aku kaji, tapi aku tak berapa nak galakkan sangat la sebab cara aku ni memang susah gileerr !!! serius! Sebab cara aku ni memang memerlukan tenaga yang kuat dan daya fikir yang sangat tinggi… takut korang tak mampu ler nanti... aku lain la, sebab aku dah memang dari kecik aku dah biasa buat  benda ni( gaya org bongkak cakap- memang macam gini.. hehe) Ok, kalau nak ikut jugak cam ni caranya… tapi korang kena ler ikut setiap satu step yang korang baca tu--

  1. 1.     First, korang kena pastikan tiada gangguan dari radio, tv, laptop, handphone, adik kecik atau apa2 sahaja sebab korang kena fokus! Ya, fokus!! Ingat tu..
  2. 2.     Ok, sekarang ambil 2 batang pensel dari pensil box korang. (guna pensil 2B sahaja. Wajib!)
  3. 3.     Letakkan sebatang pensel diatas meja bahagian kanan untuk subjek ICT, dan sebatang lagi pada bahagian kiri meja untuk subjek LK.. (ikut korang la, masa tu nak buat pemilihan mengenai apa)
  4. 4.     Ok, lepas tu korang kena gerakkan jari telunjuk korang kekanan dan kekiri merujuk kepada kedua-dua batang pensel tadi secara bergilir. (selang-seli)
  5. 5.     Teruskan perbuatan tersebut sambil menyanyikan lagu ni,
  6. 6.     ~~~Din, din, din… Aladin, naik moto tak da lesen, nak kawin tak da cincin, siapa kepala botak licin! Lam Lom Lah.~~~
  7. 7.     Haaa…., pensel yang mana jari korang tunjuk masa nyanyian yang last sekali, tu lah jawapannya…


Susah gilerr kan cara ni??? Aku dah bgtau tadi, so jangan marah !  hhaha…
Apa-apa pun sekali lagi aku nak ingatkan jangan ikut cara ni, sebab kalau salah pilih memang korang akan MERANA seumur hidup! Huhu…



 *kalau nak buat sesuatu pilihan, berdoa, mohon petunjuk dari Allah… semoga Allah gerakkan hati kita untuk memilih yang terbaik untuk kita. Ya ! inilah cara yang betul, tepat dan yang sepatutnya kita perlu buat bila berada dalam situasi sebegini  =) 
dan yang pling baik sekali, buat solat istikharah, mohon Allah permudahkan dan tunjukkan apa yang terbaik untuk kita.

p/s : saya sambung cerita pasal pentaksir ni pada entry yang seterusya.. ya? 

~selamat malam....

pentaksir ~2

*sambungan...

Untuk pengetahuan korang, 9 orang je yang ambil subjek ICT, yang lain LK…. Sebenarnya sebelum pentaksir tu datang cikgu Suhaila dan pun maklumkan kat kitorang supaya prepare siap2 sebab pentaksir akan datang bila2 masa Tapi, aku ni jenis yang suka tangguh kerja.. baca+buat latihan sikit ja, pastu rasa macam -cukuplah dulu, petang kang sambung lain, -time petang, malam jap g la baca…. Time malam pulak, besok pagi lah baca (siap set jam kat phone nak bangun awal) tpi bila jam dah bunnyi, pegi off pulak… macam ni lah keadaan aku beberapa hari… sekali tiba2 cg suhaila panggil budak ict turun makmal sebab pentaksir dah datang!!!
Perrgghhh… Well done Fatin ! good job!...  masa ni memang aku tepuk tangan kat diri sendiri la…. ~~

Kerana terpaksa, aku relakan….. huhu.. aku pun dengan kawan2 ict lagi 8 orang tu turun la pegi ke makmal… masa ni memang semua muka cuak ja… takut, gelabah semua ada… macam2 surah aku baca sepanjang berjalan nak pegi ke makmal tu… aku ingatkan pentaksir lelaki yg datang, rupa-rupanya perempuan… lagi la rasa gerun, sebab aku penah dengar orang cakap, pentaksir perempuan ni lagi susah nak dapat markah, cerewet lah.. garang la…

Hmmm… masa kitorang sampai, aku tengok cg suhaila tengah sembang2 dengan 2 orang pentaksir ni,  pastu macam biasa la anas bagi salam, tapi cara anas bagi salam tu macam lambat sikit, agaknya dia tengah fikir kot nak panggil apa… ~aku rasa je la..
Pastu kami semua di bahagikan kepada 3 kumpulan… aku dapat group dengan fahmi dan firdaus.  Nazihah se-group dengan irfan dan anas. And group lagi satu pulak, farhah, f.afiqah, syamim… setiap grup ni ada 3 tugasan yang kitorang kena aplikasikan atau kena buat. Setiap grup, mempunyai tugasan yang berbeza dari grup lain. Walaupun dibahagikan kepada kumpulan, tapi smua tugasan kena buat secara individu depan pentaksir tahu?!! Waa…nak menangis aku. Masa ni memang aku harap sangat grup aku tak dapat tajuk yg pasal database-visual basic apa tah, aku tak ingat dah... Sebab time blajar tajuk ni, aku memang tak faham langsung! Tp, last2 tajuk ni jugak lah yang grup aku dapat…  lagi 2 tugasan yang grup aku kena buat ialah kena  tunjuk cara Scan Anti spyware-ut dan PC Assembling. Hah, PC Assembling? Perrghh, kecut perut . Nak kena guna screwdriver bagai pulakk.. haishh… pastu dah la nak bukak kompenan2 pc tu pun aku tak tau, pastu kena pasang balik.. nak tengok hidup ke tak.. pastu kena boot pulak tu nak tengok betul ke tak cara kita pasang. Pastu… err byk pulak pastu …


Selepas dah bagi tajuk yang kena buat untuk setiap grup, pentaksir tu bagi kitorang masa 30 minit untuk berbincang dalam grup dan refresh balik cara2 nak aplikasi  sebab diorang nak breakfast dulu… Alhamdulillah, lega sikit rasa masa ni… lepas 2 orang pentaksir ni keluar pegi kantin, terus masing2 gelabah cari buku ngan on computer.. aku tengok fahmi ngan firdaus yg segrup ngan aku ni nk on computer, aku terus pegi kat diaorang, aku ni dah la jenis kelam kabut sikit… tambah2 bila time aku gelabah.. memang masa ni aku tak leh fikir apa.. rasa macam zero je dalam otak ni… yang si firdaus ni pun sama ja 2x5 dengan aku, tak ingat langsung nak buat macam mana… pastu tak abis2 cakap nervous-nervous.. tapi aku tak nafikan lah, sebab grup lain semuanya macam tu jugak… tapi yang aku peliknya, dalam dok nervous ni kitorang boleh dok gelak2 lagi… kira gelak je, tak stop2...  huu hampeh!


aku tanya fahmi macam2… nak buat macam mana, kena ambil apa, sebab ap kena ambil tu, lepas tu kena buat apa… sampai pening fahmi, haha kesian dia… nak tergelak bila dia kata “sat2… aku pun dah lupa nak buat macam mana…, hang jangan cakap laju2 cam tu, ingat hang sorang ja ka yg ketaq, aku lagi la ketaq ni, hang tengok tangan aku, nak pegang mouse pun tak boleh dah ni…”  haha.. masa ni memang aku bantai gila gelak kat dia. Sebab aku tengok memang betul pun tangan dia masa ni menggeletar.. bnda lain yang kena click, benda lain pulak yg dia click. Lepas tu, aku pergi kat bahagian yang nak buat pc assembling pulak.. aku tengok pc yg contoh cikgu buat punya, kiranya yang dah siap bukak la… waa.. nak menangis aku tengok wire2 yang serabut tu….  


Ha… tu tak tengok grup lain lagi, yang grup si nazihah, ifan ngan anas ni kena tnjuk cara scan antivirus, crimping- network cable ngan programming language.
Kesian  naz, kelam kabut tengok buku, cara nak buat network cabble .... ye lah kalau salah warna sikit habis la.. tak leh nak connect… tapi, diorang pon sama jugak keja gelak jaa… paling kuat si irfan ngan anas tu la….


Grup f.afiqah, farhah ngn syamim aku x ingat la diorang kena buat apa.
 Lepas pentaksir habis breakfast, kitorang pun mula tugasan tu ikut grup masing2.Aku tak ingat nama2 pentaksir ni.. so, kat sini aku bahasakan pentaksirA dan pentaksirB je lah yee… huhu.. maaf pentaksir2ku…… Sangat-sangat ‘bertuah’ sebab dalam grup aku tu, aku orang pertama yang pentaksirA nak tengok untuk PC Assembling. Dia kata nak tengok aku dulu sebab aku sorang ja perempuan dalam grup tu, so mesti terror… aku gelak ja, terror apa bendanya, nak kena guna screwdriver yang mana satu pun aku berpeluh-peluh dok cari… melainkan dia sengaja nak perli aku! Haha.. ok, aku mengaku memang dia tengah perli aku.. -_-.   Memang nervous gila masa ni, tapi aku buat2 gelak sebab nak hilangkan nervous tu.. fahmi pon sama ja gelak2.. yang si firdaus pulak, masa ni dia kena buat VB… Dari awal aku dah pesan kat fahmi, suruh dia tolong aku, kalau aku tak reti nak buat..  sebab aku tahu, aku memang tak reti… aku ni nama je budak ict, tapi nama2 komponen tu pon aku tak tau… Sementara tu, yg pentaksirB pulak tengah tengok grup naz,ifan ngan anas… -- grup diorang ni pon dok gelak sakan. Aku tak tau apa yang diorang tengah buat masa ni, tak silap aku crimping kot… kecoh jugaklah


PentaksirA yg tadi suruh aku bukak cover PC dulu, aku pun mula bukak perlahan-lahan, tak berani buat laju2 sebab awal2 tu naz ada bisik kat aku sesuatu… nak tau dia bisik apa? Dia bisik, “ wehh atyn, hg buat elok2 tau… slow2 sikit.. bukannya apa, sbab aku tngok, kadang2 hang tu ganas jugak.. suka rosakkan barang. Satgi tak pasai2, patah benda tu. Buat elok2 tau.. Good luck Atyn!”  pastu selamber dia ja gelak kat aku, mentang2 tak kena buat pc assembling.. huhu… T.T


Tpi, tak pe sebab lepas dia kata cam tu terus aku hati2 sebab takut punya pasal. Step pertama lepas! Alhamdulillah. Lega sebab dah boleh bukak. Terus rasa confident masa ni.. terus rasa macam pro.. haha.. lagipun pentaksir ni sporting ja… ramah lagi… lepas tu, pentaksirA ni Tanya aku yang mana satu CPU. Aku pun tunjuk je la cpu tu, then, dia senyum2. Aku yg lurus bendul ni pun senyum je la balik… haha, rupa-rupanya dia suruh aku bukak cpu tu laaa >,<  . dah bukak, dia suruh aku pasang balik… aku pun ikut je la kan… then dia tanya NIC.. huhhu, masa ni aku gelabah balik, aku tak ingat yang mana satu nic( padahal ni yang paling senang)kebetulan pulak masa ni, fahmi memang dok sebelah aku tengok aku bukak-pasang pc ni.. dia tunjuk kat aku yang mana satu NIC…. pentaksirA ni perasan,  terus dia halau fahmi pegi kat bahagian lain…  haha.. tapi, fahmi tak bergerak pon, dia belek2 pc lagi satu, ~nak prepare agaknya….


lepas tu, again  pentaksir ni tanya lagi benda2 yang aku tak tau.. sampaikan, aku rasa benda yang dia sebut tu satu pun aku tak pernah dengar, masa ni baru aku sedar bertapa teruknya aku… benda2 yang simple pun aku tak tau.. masa ni la baru nak menyesal sebab tak study awal2 arituu.… apa yg aku tau, aku dari mula asyik2 minta cikgu suhaila dengan  fahmi tolong aku… fahmi pon tunjuk kat aku, haha lagi sekali kantoi ngan pentaksir. Dah la jawapan yg dia bagitahu kat aku pon ada yg tak betul. Pentaksir ni suruh fahmi buat pc assembling guna computer lagi satu… baru aku tau, fahmi pun sebenarnya bukannya tau sangat bab2 ni… haha.. dia pun tanya aku… huuu.. dh namanya pon tak study awal2 so maaf lah Fahmi oii… tak boleh den nak menolong ekau…

Ok, pendekkan cerita, dh hbis siap buat pc assembling tu aku kena tunjuk cara nak boot pulak kat pentaksir ni… masa ni aku sendiri pon tak yakin sama ada computer ni boleh hidup balik atau tak… ye lah kalau korang sendiri tengok bertapa nazaknya keadaan computer tu dengan wire yg sampai berselirat aku kerjakan... aku gerenti korang pun tak jamin yang computer ni boleh on dengan selamatnya… =’)


Wanna know what happened to the computer?
Haha.. let me tell you..  masa ni pentaksirA tak tengok aku buat, dia pegi tengok tugasan kumpulan lain.. ok, masa nak on computer tu dengan gelojohnya aku terus tekan button start.. then, tak hidup... so aku pun panggil la cikgu suhaila tanya kenapa tak leh on… cikgu suhaila try tekan button start, tp tak on jugak… cikgu pon heran la jugak sebab tak boleh2 on walaupun dh try byk kali… Last2 cikgu pusing belakang computer..  then…..

“ Anakku sayang, apa guna awak on plug tapi cable dia awak tak connect dengan pc?? ” katanya sambil angkat cable wire keatas… 

“oohh, patutla…. Hehe… ” kataku pula sambil tersenyum manis lagi ayu cun melecun.. tersengih malu tahap gaban


Nazihah memang dah gelak2 tengok aku masa ni… hoho sabo je laa..
Pastu bila dah siap2 pasang semua, aku try on computer tu…  kali ni aku buat pertunjukkan bunga api kecil-kecilan pula… hah? Tak faham? Ok, senang cerita computer tu keluar api kecik2 n KEBABOOOMM, meletup!.. (maaf, bunyi kebabom itu hanya dalam imaginasi saya, realitinya hanya bunyi letupan yang kecil sahaja) cuak gila.. tapi, dalam cuak tu ketawa memang tak leh tinggal, yg lain2 pon pakat gelak.. dengan cikgu, dengan  pentaksir2 skali..

 *aduhai.. hampeh betul la  kalau bab2 bukak-pasang computer ni… nama je student ict. betul cakap naz, aku ni suka bagi lingkup barang..  Hah, yg si fahmi pon  tak leh on jugak. Tapi dia tak ada la letup2, keluar api kecik2 macam aku… Dia lain sikit, dia punya computer mengeluarkan satu aroma yang tak sedap langsung untuk dihidu..~bau hangit ! haha memang jadi bahan gelak la… sorang lagi ahli grup aku- firdaus,  aku pon tunggula jugak dia buat sebab nak tau benda apa pulak yang berlaku kan? Haha..  tapi, aku tak nampak pulak dia buat pc assembling , agaknya pentaksir tu pn dh x brapa yakin dengan firdaus lepas ap yg aku ngan fahmi dah buat sebelum ni.. haha.. 

*terpaksa berhenti disini dulu,.... ok bye!!



pentaksir ~3

assalamualaikum.
ok, ingat nak jadikan entry ni, entry terakhir untuk cerita pasal pentaksir ni, tapi tak sempat nak habiskan mak  ajak  teman dia pergi rumah tok pulak, maksudnya akan datang kena buat lagi satu entry la untuk habiskan cerita pentaksir ni... so, hanya ini yang sempat ditaip pun.  =)

Sebenarnya banyak lagi part2 yg buat aku sengih sorang2 bila teringat balik kenangan masa pentaksir ni datang … grup2 lain pon ada banyak perkara yang diorang buat melucukan hati aku… kiranya, sepanjang hari tu kitorang gelak je… grup nazihah, Ifan ngan anas ni yang aku ingat masa nazihah kena search balik pasal programming language kat google sebab dia salah buat, nak kata salah tak jugak Cuma dia tak bagi nama spesifik. kesian jugak aku tengok nazihah sebab susah2 dia kena komputer  pulak untuk buat correction . dah la dia tengah sibuk nak buat crimping apa semua tu…tp, terpaksa jugakla dia cari nama spesifik programming language yg dia dah buat tu kalau tak nak potong markah. Yang jadi masalahnya dia tak ingat dia buat tu version apa, sebab tu yang jadi susah balik nak cari…

Irfan dengan anas pulak, aku tak tahu kenapa dengan diorang sebab diorang ni lagi la tak habis2 gelak, non stop! Aku pon pelik, tak sakit perut ke diorang ni gelak tak henti2 cam tu… tapi, yang untungnya anas dengan ifan kena duduk depan pentaksirB  dan belajar balik dengan pentaksir ni… agaknya, pentaksir ni dah pening kot sebab boleh dikatakan kesemua 9orang pelajar ict ni tak berapa lagi cekap… aku akui benda tu sebab mungkin sebelum ni kitorang  belajar teori je dan bila practical kitorang tak berapa nak bagi perhatian masa cikgu suhaila tunjuk. So, kesimpulannya memang salah kitorang la, cikgu suhaila dah beri tunjuk ajar yang terbaik dah sebelum ni.

Ifan dengan anas memang beruntunglah sebab dapat belajar dengan pentaksir tu… but, macam aku cakap tadi, diorang ni memang  gelak  aje kojenye…  dah habis sesi pembelajaran yg hanya beberapa puluh minit tu,  pentaksirB ni suruh ifan ajar kitorang sekelas pulak kat depan whiteboard. Sebab yang lain2 pon masih  tak faham2 lagi bab ni.. tak silap aku bab yg cara nak lukis table yg ada foreign, primary key ngan nak buat relationship antara dua table tu kot. Hah, rasa betul la bab tu… Haha… masa Ifan  kat depan ni memang lawak. Dia asyik gelak je sambil pegang marker,  memang satu kelas jugak lah yg gelak tengok gaya si Ifan ni terang kat depan. dah lah aku ni jenis yang lambat pickup sikit, dia cakap laju2 pulak  sambil gelak2, so memang aku tak faham la… haha. Apa yg masuk dalam otak aku pun soalan dia yang last sekali tu je…

“hampa semua faham ke dak ni? Sebab aku sendiri tak faham apa yang aku cakap..  haha.. ” then, dia sambung gelak lagi… adoii… last2 pentaksir tu sendiri yang kena terang balik nak  ajar kami semua  =)


pentaksir ~4

Ok, seterusya… aku ringkaskan je la apa yang aku ingat, sebab kalau nak cerita satu2 memang banyak la entry aku pasal pentaksir ni… ni pon entry yang ke berapa dah.... lagipun nak cerita satu2 macam la aku ingat sangat semuanya, kan? Aku gerenti korang pon dah jemu baca entry pasal pentaksir aje…  haha

Lepas tugasan pertama selesai, aku kena buat tugasan ke-2 pulak… kena buat vb …. Kitorang kena buat coding apa semua pastu baru boleh nak cari luas triangle ke square ke apa ke… ni contoh yg dah siap, tak pasti betul ke tak contoh aku bagi ni sebab yang ni aku ambil dari folder ict projek aku… aku rasa ada salah sikit kot contoh ni…


Ni yang dah siap punya la….
Tapi situasi yang sebenar masa aku dengan pentaksir hari tu memang kecoh sikit. Sebab masa nak privatesub tu aku lupa nak ‘Dim’ kan sebagai apa, tetiba aku konfius string untuk apa, integer tuk apa, double, Boolean, arghhh…   last2 pentaksir tu yang kena ajar aku balik dari A to Z… hehe…  dan lagi  satu perkara yang tak boleh dilupakan  sampai sekarang. Dan percayalah sekarang pon aku tengah  gelak sesorang bila teringat balik yang masa pentaksir ni tengah  terang kat aku sambil sedikit ‘berleter’ , tiba2 aku tertendang kaki dia. Hahaa… serius aku sendiri pun tak sedar macam mana boleh tertendang, aku cuma nak tarik kerusi je untuk duduk.~kalau time aku nervous, segala tindakan aku memang diluar kawalan huhu...  pentaksir tu kata, “amboiii… awak semua tengok ni, fatin marah kat saya sampai tendang kaki saya, ganas jugak dia nii..”Aku gila punya gelabah minta maaf  banyak kali.. haha..  malu tak yah citer la, rasa macam nak marathon satu sekolah tu ja..huhu  .  
Last2 tugasan yang akhir sekali (scan antispyware) pentaksir tu tak bagi aku buat dah… dia serik takut benda lain pulak yang rosak, maklumlah, awal2 tu aku dah buat show bunga api kecil-kecilan.. kan? =)  *aku terfikir jugak, kan bagus kalau awal2 tu dia suruh aku scan, pastu  pc assembling  tak payah buat. Kan senang, tak da lah  aku susah2 nak hadap wire yang berserabut tu… ~tapi, bila fikir balik, ada hikmah jugak sebab kalau tidak, sampai sekarang aku tak ingat nama2 komponen tu kalau pentaksir tadi tak tanya aku soalan2 yang mencengkam jiwa raga aku sebab tak tahu nama2 komponen dan tak tahu nak cari mana satu komponen yang dia tanya tu…. kan?

Apa2 pon sekurang-kurangnya apa yang jadi hari tu, buat aku sedar aku berada pada tahap yang macam mana. Baru aku sedar, banyak lagi benda  yang aku tak tahu, banyak lagi benda yang perlu aku belajar… ilmu Allah itu sangat luas.., jangan kita sibuk mengejar kejayaan dan kemewahan dunia yang sementara sampai kita lupa mengejar  kejayaan dan kemewahan di akhirat sana yang kekal selamanya….Andai kita gagal hri ni, bangkit untuk kejar kejayaan untuk hari esok dan seterusnya.. cuma kita jangan cepat melatah, jangan cepat putus asa….


Tiba2 teringat nukilan seorang hamba Allah yang pernah aku baca sebelum ini,  


    ~perjalanan ini panjang, perjalanan ini sukar, perjalanan ini penuh dengan duri, perjalanan ini bukan untuk orang yang manja. Tsabbit qulubana ala deenik, Ya Muqolibbal Qulub. Kami mahu bersama-sama menjadi golongan yang memenangkan agamaMu. Kuatkan hati kami, satukan hati kami, redhakanlah kami Ya Allah.~ 

                                                           

Monday, 12 January 2015

namun?

Apabila bercakap soal hati dan perasaan,
Aku sendiri bingung,
Entah mengapa sukar sekali untuk menyelami hati ini
Bagaikan terasa sesuatu, tapi..
Ahh ! sungguh ku tak mengerti perasaan ini

Entah mengapa…
Setiap kali melihat dia,  Atau berada disamping dia
Jantung ini berdegup laju
Segala pergerakan menjadi kaku
Lidah menjadi kelu,

Akhirnya aku sendiri terpaksa mengundur diri
Tak sanggup untuk terus menipu diri sendiri
Menipu dengan menidakkan perasaan ini
Perasaan yang telah lama disimpan
Ya terlalu lama sekali..

Aku akui…
Aku tidak sekuat mereka yang lain
Untuk menyatakan rasa hati ini
Kerna aku takut dilukai
Takut untuk mengetahui kebenaran
Andai dia pergi menjauhiku

Andai saja dia mengerti perasaan ini
Perasaan yang sudah lama terpendam
Dan tak pernah diunggkapkan ini….
Namun,....