Ok, seterusya… aku
ringkaskan je la apa yang aku ingat, sebab kalau nak cerita satu2 memang banyak
la entry aku pasal pentaksir ni… ni pon entry yang ke berapa dah.... lagipun
nak cerita satu2 macam la aku ingat sangat semuanya, kan? Aku gerenti korang
pon dah jemu baca entry pasal pentaksir aje…
haha
Lepas tugasan pertama
selesai, aku kena buat tugasan ke-2 pulak… kena buat vb …. Kitorang kena buat
coding apa semua pastu baru boleh nak cari luas triangle ke square ke apa ke…
ni contoh yg dah siap, tak pasti betul ke tak contoh aku bagi ni sebab yang ni
aku ambil dari folder ict projek aku… aku rasa ada salah sikit kot contoh ni…


Ni yang dah siap punya
la….
Tapi situasi yang
sebenar masa aku dengan pentaksir hari tu memang kecoh sikit. Sebab masa nak
privatesub tu aku lupa nak ‘Dim’ kan sebagai apa, tetiba aku konfius string
untuk apa, integer tuk apa, double, Boolean, arghhh… last2 pentaksir tu yang kena ajar aku balik
dari A to Z… hehe… dan lagi satu perkara yang tak boleh dilupakan sampai sekarang. Dan percayalah sekarang pon
aku tengah gelak sesorang bila teringat
balik yang masa pentaksir ni tengah terang
kat aku sambil sedikit ‘berleter’ , tiba2
aku tertendang kaki dia. Hahaa… serius aku sendiri pun tak sedar macam mana
boleh tertendang, aku cuma nak tarik kerusi je untuk duduk.~kalau time aku
nervous, segala tindakan aku memang diluar kawalan huhu... pentaksir tu kata, “amboiii… awak semua tengok
ni, fatin marah kat saya sampai tendang kaki saya, ganas jugak dia nii..”Aku gila
punya gelabah minta maaf banyak kali..
haha.. malu tak yah citer la, rasa macam
nak marathon satu sekolah tu ja..huhu .
Last2 tugasan yang
akhir sekali (scan antispyware) pentaksir tu tak bagi aku buat dah… dia serik
takut benda lain pulak yang rosak, maklumlah, awal2 tu aku dah buat show bunga
api kecil-kecilan.. kan? =) *aku
terfikir jugak, kan bagus kalau awal2 tu dia suruh aku scan, pastu pc assembling tak payah buat. Kan senang, tak da lah aku susah2 nak hadap wire yang berserabut tu…
~tapi, bila fikir balik, ada hikmah jugak sebab kalau tidak, sampai sekarang aku
tak ingat nama2 komponen tu kalau pentaksir tadi tak tanya aku soalan2 yang
mencengkam jiwa raga aku sebab tak tahu nama2 komponen dan tak tahu nak cari
mana satu komponen yang dia tanya tu…. kan?
Apa2 pon sekurang-kurangnya
apa yang jadi hari tu, buat aku sedar aku berada pada tahap yang macam mana. Baru
aku sedar, banyak lagi benda yang aku tak
tahu, banyak lagi benda yang perlu aku belajar… ilmu Allah itu sangat luas.., jangan
kita sibuk mengejar kejayaan dan kemewahan dunia yang sementara sampai kita lupa
mengejar kejayaan dan kemewahan di
akhirat sana yang kekal selamanya….Andai kita gagal hri ni, bangkit untuk kejar
kejayaan untuk hari esok dan seterusnya.. cuma kita jangan cepat melatah,
jangan cepat putus asa….
Tiba2 teringat nukilan
seorang hamba Allah yang pernah aku baca sebelum ini,
~perjalanan ini panjang, perjalanan
ini sukar, perjalanan ini penuh dengan duri, perjalanan ini
bukan untuk orang yang manja. Tsabbit qulubana ala
deenik, Ya Muqolibbal Qulub. Kami mahu bersama-sama menjadi golongan
yang memenangkan agamaMu. Kuatkan hati kami, satukan hati kami, redhakanlah kami Ya Allah.~
No comments:
Post a Comment