Tuesday, 20 January 2015

jangan pergi...

Pada satu ketika. Aku termenung….
Memikirkan persoalan-persoalan yang sering kali menyinggah diminda
Namun hingga kini ,
Aku tiada jawapan yang pasti..
Jawapan yang bisa meyakinkan aku…

Lidahku kelu dalam keliru..
Tak tahu apa yang harus aku ungkapkan
Apa yang harus aku lakukan…
Aku tidak pasti…

Apa ini salah aku?
Apa mungkin berpunca dari aku sendiri?
Ya, inilah salah dan silapku..
Aku terlalu menyayangi mereka…
Terlalu sayang…

Aku gelisah,
Aku bingung,
Aku takut.
Aku risau….
Sering kali aku berfikir
Adakah mereka yang bersama aku hari ini,
Akan pergi meninggalkan aku hari esok?
Ya aku tahu setiap yang hidup itu pasti akan mati….

Tapi,
Bukan ‘pergi’ itu yang aku maksudkan,
‘pergi’ yang cuba aku sampaikan adalah….
Pergi dengan rela hati mereka sendiri…

Aku takut jika mereka hanya bersamaku untuk seketika…
Menemani aku menempuh suka duka,
pahit manis dan  menghadapi ujian dari Dia yang Esa...
Dan kemudiannya pergi begitu saja…
Pergi meninggalkan aku…

Bukan aku tak pernah merasainya…
Aku pernah alaminya…
Cukuplah aku katakan, ianya amat sakit…
Pedih…

Kadang aku terfikir mana mereka yang dulu?
Mana mereka yang aku sayang dahulu?
Mana? Mana? Dan mana?

Tapi, aku sedar
Setiap pertemuan itu pasti  ada perpisahan….
Tak kira macam mana sekali pun aku, kau dan dia merancang
tapi, tetap…
Perancangan Allah itu yang terbaik..
Ada hikmah disebalik ‘pergi’ nya mereka….


Cukuplah aku masih ada lagi mereka yang aku sayang
Keluarga, sahabat baik dan mereka yang masih setia disisiku…
Aku sangat menyayangi mereka…
Aku tak mahu perkara yang dahulu, berulang lagi..
Minta dijauhkan semua itu….

Aku mohon padaMu agar mereka sentiasa ada,
Menemaniku menghadapi liku-liku kehidupan,
Membantu aku dikala aku jatuh lemah
Menegur dan menasihatiku,
andai satu hari nanti  aku tersasar jauh meninggalkan Engkau….


  kepada kalian,
yang sudah melupakanku dan mereka yang masih bersamaku hari ini,
 kalian, sangat istimewa dalam hidup ini…
 sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata...
terima kasih atas segala memori dan kenangan-kenangan indah kita bersama,
terima kasih dan doa sahaja mampu ku berikan...
semoga hidup kalian sentiasa dipermudahkan Allah didunia dan diakhirat sana...
amin ya rabbal alamin.


~Fatin Amira Mansor~




Thursday, 15 January 2015

pentaksir ~1

Assalamualaikum readers !

Baiklah, Entry kali ni aku nak ceritakan serba sedikit suasana atau keadaan atau pengalaman aku dan kawan-kawan sewaktu bersama  pentaksir bagi matapelajaran ict kat sekolah aku..


Oh, ya.. sebelum lupa, dalam kelas aku ada subjek elektif yang perlu dipilih iaitu antara ICT(Information And Comunication Technology) dan LK(Lukisan Kejuruteraan). Jadi, maksudnya 10 subjek lah yang budak2 kelas aku ambil. Sebenarnya kalau boleh dua-dua aku nak ambik, sebab bagi aku ict ni sekarang memang penting.. dan subjek LK pun aku suka, sebab rasa macam best je tengok akak2 senior bawak buku LK yg besar2 gedabak tu, dengan pembarisT, sesiku set bagai.... lepas tu aku rasa  boleh la belagak sikit dengan menunjuk barang2 LK yg besau2 tu kat bebudak kelas lain… haha, buruk punya perangai!


Nak ikutkan kedua-dua subjek ni ada kelebihan masing2.. Tapi, bila aku fikir dan pertimbangkan semula, akhirnya aku ambik subjek ICT…. Punyalah susah aku nak buat keputusan nak ambik subjek apa… macam2 yang aku kaji dan siasat untuk kedua-dua subjek ni…  Nak tau cam na aku kaji?

Aku boleh bagitau kat korang semua cara aku kaji, tapi aku tak berapa nak galakkan sangat la sebab cara aku ni memang susah gileerr !!! serius! Sebab cara aku ni memang memerlukan tenaga yang kuat dan daya fikir yang sangat tinggi… takut korang tak mampu ler nanti... aku lain la, sebab aku dah memang dari kecik aku dah biasa buat  benda ni( gaya org bongkak cakap- memang macam gini.. hehe) Ok, kalau nak ikut jugak cam ni caranya… tapi korang kena ler ikut setiap satu step yang korang baca tu--

  1. 1.     First, korang kena pastikan tiada gangguan dari radio, tv, laptop, handphone, adik kecik atau apa2 sahaja sebab korang kena fokus! Ya, fokus!! Ingat tu..
  2. 2.     Ok, sekarang ambil 2 batang pensel dari pensil box korang. (guna pensil 2B sahaja. Wajib!)
  3. 3.     Letakkan sebatang pensel diatas meja bahagian kanan untuk subjek ICT, dan sebatang lagi pada bahagian kiri meja untuk subjek LK.. (ikut korang la, masa tu nak buat pemilihan mengenai apa)
  4. 4.     Ok, lepas tu korang kena gerakkan jari telunjuk korang kekanan dan kekiri merujuk kepada kedua-dua batang pensel tadi secara bergilir. (selang-seli)
  5. 5.     Teruskan perbuatan tersebut sambil menyanyikan lagu ni,
  6. 6.     ~~~Din, din, din… Aladin, naik moto tak da lesen, nak kawin tak da cincin, siapa kepala botak licin! Lam Lom Lah.~~~
  7. 7.     Haaa…., pensel yang mana jari korang tunjuk masa nyanyian yang last sekali, tu lah jawapannya…


Susah gilerr kan cara ni??? Aku dah bgtau tadi, so jangan marah !  hhaha…
Apa-apa pun sekali lagi aku nak ingatkan jangan ikut cara ni, sebab kalau salah pilih memang korang akan MERANA seumur hidup! Huhu…



 *kalau nak buat sesuatu pilihan, berdoa, mohon petunjuk dari Allah… semoga Allah gerakkan hati kita untuk memilih yang terbaik untuk kita. Ya ! inilah cara yang betul, tepat dan yang sepatutnya kita perlu buat bila berada dalam situasi sebegini  =) 
dan yang pling baik sekali, buat solat istikharah, mohon Allah permudahkan dan tunjukkan apa yang terbaik untuk kita.

p/s : saya sambung cerita pasal pentaksir ni pada entry yang seterusya.. ya? 

~selamat malam....

pentaksir ~2

*sambungan...

Untuk pengetahuan korang, 9 orang je yang ambil subjek ICT, yang lain LK…. Sebenarnya sebelum pentaksir tu datang cikgu Suhaila dan pun maklumkan kat kitorang supaya prepare siap2 sebab pentaksir akan datang bila2 masa Tapi, aku ni jenis yang suka tangguh kerja.. baca+buat latihan sikit ja, pastu rasa macam -cukuplah dulu, petang kang sambung lain, -time petang, malam jap g la baca…. Time malam pulak, besok pagi lah baca (siap set jam kat phone nak bangun awal) tpi bila jam dah bunnyi, pegi off pulak… macam ni lah keadaan aku beberapa hari… sekali tiba2 cg suhaila panggil budak ict turun makmal sebab pentaksir dah datang!!!
Perrgghhh… Well done Fatin ! good job!...  masa ni memang aku tepuk tangan kat diri sendiri la…. ~~

Kerana terpaksa, aku relakan….. huhu.. aku pun dengan kawan2 ict lagi 8 orang tu turun la pegi ke makmal… masa ni memang semua muka cuak ja… takut, gelabah semua ada… macam2 surah aku baca sepanjang berjalan nak pegi ke makmal tu… aku ingatkan pentaksir lelaki yg datang, rupa-rupanya perempuan… lagi la rasa gerun, sebab aku penah dengar orang cakap, pentaksir perempuan ni lagi susah nak dapat markah, cerewet lah.. garang la…

Hmmm… masa kitorang sampai, aku tengok cg suhaila tengah sembang2 dengan 2 orang pentaksir ni,  pastu macam biasa la anas bagi salam, tapi cara anas bagi salam tu macam lambat sikit, agaknya dia tengah fikir kot nak panggil apa… ~aku rasa je la..
Pastu kami semua di bahagikan kepada 3 kumpulan… aku dapat group dengan fahmi dan firdaus.  Nazihah se-group dengan irfan dan anas. And group lagi satu pulak, farhah, f.afiqah, syamim… setiap grup ni ada 3 tugasan yang kitorang kena aplikasikan atau kena buat. Setiap grup, mempunyai tugasan yang berbeza dari grup lain. Walaupun dibahagikan kepada kumpulan, tapi smua tugasan kena buat secara individu depan pentaksir tahu?!! Waa…nak menangis aku. Masa ni memang aku harap sangat grup aku tak dapat tajuk yg pasal database-visual basic apa tah, aku tak ingat dah... Sebab time blajar tajuk ni, aku memang tak faham langsung! Tp, last2 tajuk ni jugak lah yang grup aku dapat…  lagi 2 tugasan yang grup aku kena buat ialah kena  tunjuk cara Scan Anti spyware-ut dan PC Assembling. Hah, PC Assembling? Perrghh, kecut perut . Nak kena guna screwdriver bagai pulakk.. haishh… pastu dah la nak bukak kompenan2 pc tu pun aku tak tau, pastu kena pasang balik.. nak tengok hidup ke tak.. pastu kena boot pulak tu nak tengok betul ke tak cara kita pasang. Pastu… err byk pulak pastu …


Selepas dah bagi tajuk yang kena buat untuk setiap grup, pentaksir tu bagi kitorang masa 30 minit untuk berbincang dalam grup dan refresh balik cara2 nak aplikasi  sebab diorang nak breakfast dulu… Alhamdulillah, lega sikit rasa masa ni… lepas 2 orang pentaksir ni keluar pegi kantin, terus masing2 gelabah cari buku ngan on computer.. aku tengok fahmi ngan firdaus yg segrup ngan aku ni nk on computer, aku terus pegi kat diaorang, aku ni dah la jenis kelam kabut sikit… tambah2 bila time aku gelabah.. memang masa ni aku tak leh fikir apa.. rasa macam zero je dalam otak ni… yang si firdaus ni pun sama ja 2x5 dengan aku, tak ingat langsung nak buat macam mana… pastu tak abis2 cakap nervous-nervous.. tapi aku tak nafikan lah, sebab grup lain semuanya macam tu jugak… tapi yang aku peliknya, dalam dok nervous ni kitorang boleh dok gelak2 lagi… kira gelak je, tak stop2...  huu hampeh!


aku tanya fahmi macam2… nak buat macam mana, kena ambil apa, sebab ap kena ambil tu, lepas tu kena buat apa… sampai pening fahmi, haha kesian dia… nak tergelak bila dia kata “sat2… aku pun dah lupa nak buat macam mana…, hang jangan cakap laju2 cam tu, ingat hang sorang ja ka yg ketaq, aku lagi la ketaq ni, hang tengok tangan aku, nak pegang mouse pun tak boleh dah ni…”  haha.. masa ni memang aku bantai gila gelak kat dia. Sebab aku tengok memang betul pun tangan dia masa ni menggeletar.. bnda lain yang kena click, benda lain pulak yg dia click. Lepas tu, aku pergi kat bahagian yang nak buat pc assembling pulak.. aku tengok pc yg contoh cikgu buat punya, kiranya yang dah siap bukak la… waa.. nak menangis aku tengok wire2 yang serabut tu….  


Ha… tu tak tengok grup lain lagi, yang grup si nazihah, ifan ngan anas ni kena tnjuk cara scan antivirus, crimping- network cable ngan programming language.
Kesian  naz, kelam kabut tengok buku, cara nak buat network cabble .... ye lah kalau salah warna sikit habis la.. tak leh nak connect… tapi, diorang pon sama jugak keja gelak jaa… paling kuat si irfan ngan anas tu la….


Grup f.afiqah, farhah ngn syamim aku x ingat la diorang kena buat apa.
 Lepas pentaksir habis breakfast, kitorang pun mula tugasan tu ikut grup masing2.Aku tak ingat nama2 pentaksir ni.. so, kat sini aku bahasakan pentaksirA dan pentaksirB je lah yee… huhu.. maaf pentaksir2ku…… Sangat-sangat ‘bertuah’ sebab dalam grup aku tu, aku orang pertama yang pentaksirA nak tengok untuk PC Assembling. Dia kata nak tengok aku dulu sebab aku sorang ja perempuan dalam grup tu, so mesti terror… aku gelak ja, terror apa bendanya, nak kena guna screwdriver yang mana satu pun aku berpeluh-peluh dok cari… melainkan dia sengaja nak perli aku! Haha.. ok, aku mengaku memang dia tengah perli aku.. -_-.   Memang nervous gila masa ni, tapi aku buat2 gelak sebab nak hilangkan nervous tu.. fahmi pon sama ja gelak2.. yang si firdaus pulak, masa ni dia kena buat VB… Dari awal aku dah pesan kat fahmi, suruh dia tolong aku, kalau aku tak reti nak buat..  sebab aku tahu, aku memang tak reti… aku ni nama je budak ict, tapi nama2 komponen tu pon aku tak tau… Sementara tu, yg pentaksirB pulak tengah tengok grup naz,ifan ngan anas… -- grup diorang ni pon dok gelak sakan. Aku tak tau apa yang diorang tengah buat masa ni, tak silap aku crimping kot… kecoh jugaklah


PentaksirA yg tadi suruh aku bukak cover PC dulu, aku pun mula bukak perlahan-lahan, tak berani buat laju2 sebab awal2 tu naz ada bisik kat aku sesuatu… nak tau dia bisik apa? Dia bisik, “ wehh atyn, hg buat elok2 tau… slow2 sikit.. bukannya apa, sbab aku tngok, kadang2 hang tu ganas jugak.. suka rosakkan barang. Satgi tak pasai2, patah benda tu. Buat elok2 tau.. Good luck Atyn!”  pastu selamber dia ja gelak kat aku, mentang2 tak kena buat pc assembling.. huhu… T.T


Tpi, tak pe sebab lepas dia kata cam tu terus aku hati2 sebab takut punya pasal. Step pertama lepas! Alhamdulillah. Lega sebab dah boleh bukak. Terus rasa confident masa ni.. terus rasa macam pro.. haha.. lagipun pentaksir ni sporting ja… ramah lagi… lepas tu, pentaksirA ni Tanya aku yang mana satu CPU. Aku pun tunjuk je la cpu tu, then, dia senyum2. Aku yg lurus bendul ni pun senyum je la balik… haha, rupa-rupanya dia suruh aku bukak cpu tu laaa >,<  . dah bukak, dia suruh aku pasang balik… aku pun ikut je la kan… then dia tanya NIC.. huhhu, masa ni aku gelabah balik, aku tak ingat yang mana satu nic( padahal ni yang paling senang)kebetulan pulak masa ni, fahmi memang dok sebelah aku tengok aku bukak-pasang pc ni.. dia tunjuk kat aku yang mana satu NIC…. pentaksirA ni perasan,  terus dia halau fahmi pegi kat bahagian lain…  haha.. tapi, fahmi tak bergerak pon, dia belek2 pc lagi satu, ~nak prepare agaknya….


lepas tu, again  pentaksir ni tanya lagi benda2 yang aku tak tau.. sampaikan, aku rasa benda yang dia sebut tu satu pun aku tak pernah dengar, masa ni baru aku sedar bertapa teruknya aku… benda2 yang simple pun aku tak tau.. masa ni la baru nak menyesal sebab tak study awal2 arituu.… apa yg aku tau, aku dari mula asyik2 minta cikgu suhaila dengan  fahmi tolong aku… fahmi pon tunjuk kat aku, haha lagi sekali kantoi ngan pentaksir. Dah la jawapan yg dia bagitahu kat aku pon ada yg tak betul. Pentaksir ni suruh fahmi buat pc assembling guna computer lagi satu… baru aku tau, fahmi pun sebenarnya bukannya tau sangat bab2 ni… haha.. dia pun tanya aku… huuu.. dh namanya pon tak study awal2 so maaf lah Fahmi oii… tak boleh den nak menolong ekau…

Ok, pendekkan cerita, dh hbis siap buat pc assembling tu aku kena tunjuk cara nak boot pulak kat pentaksir ni… masa ni aku sendiri pon tak yakin sama ada computer ni boleh hidup balik atau tak… ye lah kalau korang sendiri tengok bertapa nazaknya keadaan computer tu dengan wire yg sampai berselirat aku kerjakan... aku gerenti korang pun tak jamin yang computer ni boleh on dengan selamatnya… =’)


Wanna know what happened to the computer?
Haha.. let me tell you..  masa ni pentaksirA tak tengok aku buat, dia pegi tengok tugasan kumpulan lain.. ok, masa nak on computer tu dengan gelojohnya aku terus tekan button start.. then, tak hidup... so aku pun panggil la cikgu suhaila tanya kenapa tak leh on… cikgu suhaila try tekan button start, tp tak on jugak… cikgu pon heran la jugak sebab tak boleh2 on walaupun dh try byk kali… Last2 cikgu pusing belakang computer..  then…..

“ Anakku sayang, apa guna awak on plug tapi cable dia awak tak connect dengan pc?? ” katanya sambil angkat cable wire keatas… 

“oohh, patutla…. Hehe… ” kataku pula sambil tersenyum manis lagi ayu cun melecun.. tersengih malu tahap gaban


Nazihah memang dah gelak2 tengok aku masa ni… hoho sabo je laa..
Pastu bila dah siap2 pasang semua, aku try on computer tu…  kali ni aku buat pertunjukkan bunga api kecil-kecilan pula… hah? Tak faham? Ok, senang cerita computer tu keluar api kecik2 n KEBABOOOMM, meletup!.. (maaf, bunyi kebabom itu hanya dalam imaginasi saya, realitinya hanya bunyi letupan yang kecil sahaja) cuak gila.. tapi, dalam cuak tu ketawa memang tak leh tinggal, yg lain2 pon pakat gelak.. dengan cikgu, dengan  pentaksir2 skali..

 *aduhai.. hampeh betul la  kalau bab2 bukak-pasang computer ni… nama je student ict. betul cakap naz, aku ni suka bagi lingkup barang..  Hah, yg si fahmi pon  tak leh on jugak. Tapi dia tak ada la letup2, keluar api kecik2 macam aku… Dia lain sikit, dia punya computer mengeluarkan satu aroma yang tak sedap langsung untuk dihidu..~bau hangit ! haha memang jadi bahan gelak la… sorang lagi ahli grup aku- firdaus,  aku pon tunggula jugak dia buat sebab nak tau benda apa pulak yang berlaku kan? Haha..  tapi, aku tak nampak pulak dia buat pc assembling , agaknya pentaksir tu pn dh x brapa yakin dengan firdaus lepas ap yg aku ngan fahmi dah buat sebelum ni.. haha.. 

*terpaksa berhenti disini dulu,.... ok bye!!



pentaksir ~3

assalamualaikum.
ok, ingat nak jadikan entry ni, entry terakhir untuk cerita pasal pentaksir ni, tapi tak sempat nak habiskan mak  ajak  teman dia pergi rumah tok pulak, maksudnya akan datang kena buat lagi satu entry la untuk habiskan cerita pentaksir ni... so, hanya ini yang sempat ditaip pun.  =)

Sebenarnya banyak lagi part2 yg buat aku sengih sorang2 bila teringat balik kenangan masa pentaksir ni datang … grup2 lain pon ada banyak perkara yang diorang buat melucukan hati aku… kiranya, sepanjang hari tu kitorang gelak je… grup nazihah, Ifan ngan anas ni yang aku ingat masa nazihah kena search balik pasal programming language kat google sebab dia salah buat, nak kata salah tak jugak Cuma dia tak bagi nama spesifik. kesian jugak aku tengok nazihah sebab susah2 dia kena komputer  pulak untuk buat correction . dah la dia tengah sibuk nak buat crimping apa semua tu…tp, terpaksa jugakla dia cari nama spesifik programming language yg dia dah buat tu kalau tak nak potong markah. Yang jadi masalahnya dia tak ingat dia buat tu version apa, sebab tu yang jadi susah balik nak cari…

Irfan dengan anas pulak, aku tak tahu kenapa dengan diorang sebab diorang ni lagi la tak habis2 gelak, non stop! Aku pon pelik, tak sakit perut ke diorang ni gelak tak henti2 cam tu… tapi, yang untungnya anas dengan ifan kena duduk depan pentaksirB  dan belajar balik dengan pentaksir ni… agaknya, pentaksir ni dah pening kot sebab boleh dikatakan kesemua 9orang pelajar ict ni tak berapa lagi cekap… aku akui benda tu sebab mungkin sebelum ni kitorang  belajar teori je dan bila practical kitorang tak berapa nak bagi perhatian masa cikgu suhaila tunjuk. So, kesimpulannya memang salah kitorang la, cikgu suhaila dah beri tunjuk ajar yang terbaik dah sebelum ni.

Ifan dengan anas memang beruntunglah sebab dapat belajar dengan pentaksir tu… but, macam aku cakap tadi, diorang ni memang  gelak  aje kojenye…  dah habis sesi pembelajaran yg hanya beberapa puluh minit tu,  pentaksirB ni suruh ifan ajar kitorang sekelas pulak kat depan whiteboard. Sebab yang lain2 pon masih  tak faham2 lagi bab ni.. tak silap aku bab yg cara nak lukis table yg ada foreign, primary key ngan nak buat relationship antara dua table tu kot. Hah, rasa betul la bab tu… Haha… masa Ifan  kat depan ni memang lawak. Dia asyik gelak je sambil pegang marker,  memang satu kelas jugak lah yg gelak tengok gaya si Ifan ni terang kat depan. dah lah aku ni jenis yang lambat pickup sikit, dia cakap laju2 pulak  sambil gelak2, so memang aku tak faham la… haha. Apa yg masuk dalam otak aku pun soalan dia yang last sekali tu je…

“hampa semua faham ke dak ni? Sebab aku sendiri tak faham apa yang aku cakap..  haha.. ” then, dia sambung gelak lagi… adoii… last2 pentaksir tu sendiri yang kena terang balik nak  ajar kami semua  =)


pentaksir ~4

Ok, seterusya… aku ringkaskan je la apa yang aku ingat, sebab kalau nak cerita satu2 memang banyak la entry aku pasal pentaksir ni… ni pon entry yang ke berapa dah.... lagipun nak cerita satu2 macam la aku ingat sangat semuanya, kan? Aku gerenti korang pon dah jemu baca entry pasal pentaksir aje…  haha

Lepas tugasan pertama selesai, aku kena buat tugasan ke-2 pulak… kena buat vb …. Kitorang kena buat coding apa semua pastu baru boleh nak cari luas triangle ke square ke apa ke… ni contoh yg dah siap, tak pasti betul ke tak contoh aku bagi ni sebab yang ni aku ambil dari folder ict projek aku… aku rasa ada salah sikit kot contoh ni…


Ni yang dah siap punya la….
Tapi situasi yang sebenar masa aku dengan pentaksir hari tu memang kecoh sikit. Sebab masa nak privatesub tu aku lupa nak ‘Dim’ kan sebagai apa, tetiba aku konfius string untuk apa, integer tuk apa, double, Boolean, arghhh…   last2 pentaksir tu yang kena ajar aku balik dari A to Z… hehe…  dan lagi  satu perkara yang tak boleh dilupakan  sampai sekarang. Dan percayalah sekarang pon aku tengah  gelak sesorang bila teringat balik yang masa pentaksir ni tengah  terang kat aku sambil sedikit ‘berleter’ , tiba2 aku tertendang kaki dia. Hahaa… serius aku sendiri pun tak sedar macam mana boleh tertendang, aku cuma nak tarik kerusi je untuk duduk.~kalau time aku nervous, segala tindakan aku memang diluar kawalan huhu...  pentaksir tu kata, “amboiii… awak semua tengok ni, fatin marah kat saya sampai tendang kaki saya, ganas jugak dia nii..”Aku gila punya gelabah minta maaf  banyak kali.. haha..  malu tak yah citer la, rasa macam nak marathon satu sekolah tu ja..huhu  .  
Last2 tugasan yang akhir sekali (scan antispyware) pentaksir tu tak bagi aku buat dah… dia serik takut benda lain pulak yang rosak, maklumlah, awal2 tu aku dah buat show bunga api kecil-kecilan.. kan? =)  *aku terfikir jugak, kan bagus kalau awal2 tu dia suruh aku scan, pastu  pc assembling  tak payah buat. Kan senang, tak da lah  aku susah2 nak hadap wire yang berserabut tu… ~tapi, bila fikir balik, ada hikmah jugak sebab kalau tidak, sampai sekarang aku tak ingat nama2 komponen tu kalau pentaksir tadi tak tanya aku soalan2 yang mencengkam jiwa raga aku sebab tak tahu nama2 komponen dan tak tahu nak cari mana satu komponen yang dia tanya tu…. kan?

Apa2 pon sekurang-kurangnya apa yang jadi hari tu, buat aku sedar aku berada pada tahap yang macam mana. Baru aku sedar, banyak lagi benda  yang aku tak tahu, banyak lagi benda yang perlu aku belajar… ilmu Allah itu sangat luas.., jangan kita sibuk mengejar kejayaan dan kemewahan dunia yang sementara sampai kita lupa mengejar  kejayaan dan kemewahan di akhirat sana yang kekal selamanya….Andai kita gagal hri ni, bangkit untuk kejar kejayaan untuk hari esok dan seterusnya.. cuma kita jangan cepat melatah, jangan cepat putus asa….


Tiba2 teringat nukilan seorang hamba Allah yang pernah aku baca sebelum ini,  


    ~perjalanan ini panjang, perjalanan ini sukar, perjalanan ini penuh dengan duri, perjalanan ini bukan untuk orang yang manja. Tsabbit qulubana ala deenik, Ya Muqolibbal Qulub. Kami mahu bersama-sama menjadi golongan yang memenangkan agamaMu. Kuatkan hati kami, satukan hati kami, redhakanlah kami Ya Allah.~ 

                                                           

Monday, 12 January 2015

namun?

Apabila bercakap soal hati dan perasaan,
Aku sendiri bingung,
Entah mengapa sukar sekali untuk menyelami hati ini
Bagaikan terasa sesuatu, tapi..
Ahh ! sungguh ku tak mengerti perasaan ini

Entah mengapa…
Setiap kali melihat dia,  Atau berada disamping dia
Jantung ini berdegup laju
Segala pergerakan menjadi kaku
Lidah menjadi kelu,

Akhirnya aku sendiri terpaksa mengundur diri
Tak sanggup untuk terus menipu diri sendiri
Menipu dengan menidakkan perasaan ini
Perasaan yang telah lama disimpan
Ya terlalu lama sekali..

Aku akui…
Aku tidak sekuat mereka yang lain
Untuk menyatakan rasa hati ini
Kerna aku takut dilukai
Takut untuk mengetahui kebenaran
Andai dia pergi menjauhiku

Andai saja dia mengerti perasaan ini
Perasaan yang sudah lama terpendam
Dan tak pernah diunggkapkan ini….
Namun,....