Tuesday, 21 April 2015

luahan itu

ASSALAMUALAIKUM..

Entry kali ini mungkin agak panjang dan sedikit serius, sebenarnya banyak benda yang nak aku luahkan... tapi, sampai sekarang tak terluah.. aku pun tak tahu kenapa susah sangat nak luahkan apa yang aku rasa.. bukan pengecut.. tapi entahlah.. aku sendiri tak ada jawapan... yeah, mungkin betul apa yang kawan2 aku selalu cakap.. aku suka pendam sesuatu.. bukan itu niat aku sebenarnya, masalahnya aku sendiri tak tahu macam mana nak luahkan... 

Pernah tak rasa macam kau tertunggu-tunggu seseorang, kau nak dia tegur kau.. tapi pada masa yang sama kau langsung tak cuba nak tegur dia, kalau boleh kau nak dia yang tegur kau dulu.. ya, aku pun macam tu... patutkah kita panggil ia sebagai ego? aku tak pasti.

Kadang kau tertanya-tanya macam mana keadaan dia,  khabar dia... apa yang dia tengah buat, tapi tu semua hanya dalam hati kau, tak terluah.. sedihkan? kita tak mampu nak tanya semua itu pada orang yang kita sayang.. tak kiralah kepada siapa.. mak.. ayah.. adik beradik.. kawan.. atau siapa sahaja.. kadang kau terfikir, adakah orang yang kau tunggu-tunggu tu, ingat tentang kau.. kadang kau rasa marah, sakit hati, geram, benci tapi pada masa yang sama kau sayang sangat kepada dia... 

Kadang bila kau dah mula putus asa, kau rasa macam nak lupakan dia... kau dah tak nak ingat apa-apa tentang dia.. tapi kau gagal... kau gagal lupakan dia... sebab apa? sebab kau dah terlalu sayangkan dia... kau rasa apa yang patut kau buat? 
kalau aku, aku rasa macam nak lempang muka dia, lempang 50 kali kiri kanan tanpa henti... then, aku rasa macam nak tarik2 rambut dia sehelai2 sampai botak... lepas tu aku nak terjun atas dia banyak kali sampai aku puas... kejam sangat kah aku? well, sapa suruh dia tak faham2 isi hati aku..sapa suruh dia tak faham2 apa yang ingin aku sampaikan.. padan muka =P  
tapi aku tahu, itu tak kan terjadi.... nak berdepan pun aku tak mampu, inikan pula nak lempang apa semua bagai... ahh.. kenapa mulut selalu tak selari dengan tindakan? benci betul ! 

Pernah tak kau terasa hati dengan dia? maksud aku, dia selalu bercakap@ bertegur sapa @ bergelak ketawa dengan kawan kau... tapi dengan kau sendiri? dia langsung tak tegur... tak pernah sekali pun dia bercakap dengan kau.. apa perasaan kau? kau jawaplah sendiri... aku dah penah rasa... bukan sekali dua.. banyak kali... tapi, aku sedar... mungkin dia tak ada niat macamtu, mungkin.... so, kenapa aku nak terasa sangat? tak perlu bukan? ala, biasa la tu.. chill la... buat don't know sudah... Ya, aku tahu, ini ayat sedapkan hati.... =')

Kadang pernah tak kau rasa macam rendah diri? kau rasa macam dia sangat istimewa... sedangkan kau? kau cuma biasa2...  dan ini salah satu sebab kenapa kau rasa macam nak elakkan diri kau dari dia... walaupun sebenarnya dalam hati kau teringin nak dekat dengan dia... tapi bila kau teringatkn diri kau yang ''hnya biasa2''.. kau rasa rendah diri.. dan sebab tulah jugak kau lebih suka "menyembunyikan diri"... kau rasa, kau patut tak buat macam tu? entahlah.. aku rasa tak patut.. , maksud aku disini, cara pemikiran kau... kau tak patut berfikir macam tu... Ya, memang betul sifat mrendahkan diri itu bagus... tapi bukan merendah diri seperti itu. Itu sama sahaja seperti kau hina diri kau... maaf, kalau apa yang aku cakap.. buat kau terasa...  tapi, aku tetap dengan pendirian aku... kau kena ingat, Allah ciptakan kita sama sahaja semua.... semuanya sudah cantik, elok, sempurna....  kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing2... jadi, aku tak faham kenapa ada sesetengah orang yang masih mengeluh dengan apa yang mereka ada sekarang... aku tujukan ini buat diri aku juga... kita sebagai manusia memang banyak khilaf yang kita lakukan tanpa sedar ataupun dalam keadaan sedar sekali pun... kadang kita alpa... ya, kita alpa...

Pernah tak, kau rasa macam penat sangat? penat nak pendam sesuatu yang dah lama kau nak luahkan, tapi sampai sekarang tak terluah... ya, kita sama sahaja... 
aku nak luahkan, tapi aku tak mampu... bahkan sampai sekarang tak terluah.... 
sampaikan kadang2 kau sendiri lupa... apa yang kau simpan selama ni? apa yang nak kau luahkan sebenarnya... tapi, kemudian... kau sedar, tak semua benda kau boleh luahkan... kadang benda tu lebih baik disimpan kemas dalam hati kita... ingatan kita... biar kita sahaja yang tahu... mungkin sebab tu sampai sekarang ia tak terluah... kerna jawapan yang tepat, tak semua benda kita boleh luahkan sekarang... satu saat masanya tentu akan tiba... dan saat itu, kau takkan rugi... kerna kau dah luahkan kepada 'dia' yang sebenar....

salam rindu, 
~NurFatinAmiraMansor~

1 comment:

  1. Hai salam kak.. saya nak tanya.. boleh ke kite pakai seluar jeans untuk pergi makan malam ataupun hari outing...adakah dibenarkan ?

    ReplyDelete