Sunday, 31 December 2023

01 Jan 2024

 2024 . 


Tak pasti apa yang akan terjadi dihari hadapan. Tak apa. Aku jalan terus disamping terima segala persinggahan yang bakal terjadi. 


Belajar dan perbaiki diri. 

Cuba sayang diri sendiri. 

Tanpa membandingkan diri dengan mereka yang 'berjaya' dari aku. Mereka yang 'cepat' dari aku. Mereka yang 'Cantik' pada pandangan mata aku. Mereka yang 'bijak' pada tanggapanku. Mereka yang 'sempurna' segala serbi pada pandangan aku. 

Mereka² yang pernah berkata sesuatu yg berjaya membuat diri ini terasa jauh dn tidak pantas utk ada. 

Akan ku buang insecure itu. 

Akan ku maafkan, biarpun untuk melupakan tidak mungkin terjadi. Kerna bekasnya terlalu dalam. 


Aku tak pasti siapa yang akan setia bersama ku di hadapan nanti. Aku tak pasti wajah mana yang masih bersamaku. 

Aku tak pasti wajah baru mana yang mungkin akan jadi orang yang aku senangi. Wajah baru mana yang mungkin membuatku selesa bersama mereka. Saban tahun aku tertanya-tanya soalan ini. Aku tidak pasti. Kerana jawapan itu terjwab setiap kali 31 Dec. Dan soalan sama itu akan berulang untuk 1 Jan.  


Aku tak pasti. 


Cuma aku doa, semuanya baik² saja. Baik² untuk aku, kau dan semua.


-FA-




31 Dec 2023

 2023


Banyak benda yang berlaku sepanjang tahun ini, ada suka.. ada duka.. ada tangis.. ada ketawa.. yang sering berganti.


Jika difikirkan banyak yang aku belajar, banyak hal yg berlaku yg mana aku sendiri tak sangka aku dapat capai. Dan juga.. impian yang tidak pernah sekalipun terfikir oleh ku utk terjadi mahupun dalam mimpi.  


Kadang ada juga yang buat aku kecewa kerna apa yang terjadi tidak seperti yang aku harapkan. Tidak seperti yang aku inginkan. 


Ada kala aku bersyukur, ada kala aku merungut. Bersyukur dan merungut dengan apa yang telah Dia berikan dan tetapkan untuk aku. 

Sombongnya aku padaNya. 


Aku mnusia biasa, ada masa aku menangis jatuh tersungkur, ada masa aku kuat menjalani hidup dengan senyuman. Ada masa aku bahagia dengan apa yang aku punya, dan dengan mereka yang disampingku.


Benar, kadang kita diatas, kadang kita dibawah.

Dan itu mematangkan kita. 

Ianya satu proses pembelajaran buat kita. Proses yang mana tidak akan pernah berhenti selagi nyawa masih ada. 


Proses yang mana sebenarnya, membawa kita kepada dua hala tuju yang berbeza. 

Semakin dekatkah atau semakin jauhkah kita dariNya 


Benar. Tiada manusia yang sempurna. Pasti akan ada khilafnya dimana-mana. Pasti ada yang tersembunyi sebalikny. Tapi itu bukanlah alasan. Yakin pada diri, kita boleh. Semoga kita semua tidak berhenti mencuba. Semoga kita dapat perbaiki diri dan mulakan dua kosong dua empat dengan baik, suka Dan tawa.


-FA-

Saturday, 13 May 2023

Yang pernah 'senang' dengan kita

Manusia ni hatinya berbolak balik. 

Klau dulu dia pernah 'senang' dgn kita, belum tentu hari ini masih sama. 

Dan kalau betul sekarang tidak lagi sama, Semoga yang satu laginya diberi kekuatan

Untuk 'terus'. 

Untuk redha.  

Untuk melupakan. 

Bersedia dengan seikhlas hati.


Dan kalau benar ianya terjadi,

hancurnya hati.

Kerna semudah itu dia pergi.