Sunday, 31 December 2023

01 Jan 2024

 2024 . 


Tak pasti apa yang akan terjadi dihari hadapan. Tak apa. Aku jalan terus disamping terima segala persinggahan yang bakal terjadi. 


Belajar dan perbaiki diri. 

Cuba sayang diri sendiri. 

Tanpa membandingkan diri dengan mereka yang 'berjaya' dari aku. Mereka yang 'cepat' dari aku. Mereka yang 'Cantik' pada pandangan mata aku. Mereka yang 'bijak' pada tanggapanku. Mereka yang 'sempurna' segala serbi pada pandangan aku. 

Mereka² yang pernah berkata sesuatu yg berjaya membuat diri ini terasa jauh dn tidak pantas utk ada. 

Akan ku buang insecure itu. 

Akan ku maafkan, biarpun untuk melupakan tidak mungkin terjadi. Kerna bekasnya terlalu dalam. 


Aku tak pasti siapa yang akan setia bersama ku di hadapan nanti. Aku tak pasti wajah mana yang masih bersamaku. 

Aku tak pasti wajah baru mana yang mungkin akan jadi orang yang aku senangi. Wajah baru mana yang mungkin membuatku selesa bersama mereka. Saban tahun aku tertanya-tanya soalan ini. Aku tidak pasti. Kerana jawapan itu terjwab setiap kali 31 Dec. Dan soalan sama itu akan berulang untuk 1 Jan.  


Aku tak pasti. 


Cuma aku doa, semuanya baik² saja. Baik² untuk aku, kau dan semua.


-FA-




No comments:

Post a Comment