Wednesday, 31 December 2014

Thanks For The Memories..

ASSALAMUALAIKUM..

Lebih kurang beberapa minit lagi, maka berakhir la 2014 dan bermulalah 2015... Hmmm... perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata ... sebak? ya, sebak mungkin... terlalu banyak kenangan sepanjang tahun ni.... 

Tak lupa juga kenangan bersama kawan2... suka-duka sepanjang tempoh perkenalan kita takkan mungkin diri ini dapat melupakan memori2 tersebut dengan mudah... yup! aku akui memang aku ni jenis yang pelupa, but when it comes to my friends, I admit it that I cannot lie to myself... i can't forget all the memories with them. Coz, they were such a big part of my life.. and  till at one point,  I could never forget them...

You know what? it's so hurt when you suddenly notice that you will not be able to see your friends in one class like before, like usual... I still remember the day I started my school at smkpk as a new students. i'm a bit shy and nevous that time.. =)... it's so funny to memorize back how gelabah  i am at that time... 
But now, 5 year has passed, and we will go on our separate way... 

But please, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita tak berhubung lagi, tak kiralah bertapa jauhnya kita nanti, tak kira dimana kita berada... sangat berharap yg friendship kita akan berkekalan buat selamanya..
even after this, we will continue on our way of life which are quiet different

Friends.....
when i think the things that we have done together, the moment we had all fun and share our sadness together..and the last day that we have to say goodbye for each other, Its makes me so sad... dont know how to explain it... Its just like.. urghh

To all my friends, 
Thank you for accepting me for who I am. Thank you for always being there when i need all of you. Thank you for taking care of me. What i'm gonna to say is i'm very happy with all of you. I really enjoy our moment together. Thank you so much for being my friends. love you all, my friends.

Thanks for all the memories..






Tuesday, 30 December 2014

video hari guru

ASSALAMUALAIKUM.

Selamat pagi semua! 
Pagi ni tak nak citer banyak, cuma nak uploade video hari guru yang aku penah cakap aritu...
Video ni classmate aku- fatin afiqah yg buat dan beberapa orang lain lagi yang sudi berkongsi foto untuk dijadikan satu video. Thanks kepada mereka yang bekerja keras untuk menghasilkan video ni!

ok, I had to go now, bye!!




ambil tahu atau tidak??

Assalamualaikum..

Good night guys... ~
Hari ni dah 30 december... esok 31, and lusa dh masuk taun baru...sekejap je kan? dan yang paling aku tak percaya sekali taun ni taun last aku bergelar pelajar sekolah bg sekolah SMK Dato' Kailan.... tp, aku lebih prefer sebut nama lama sek tu, smk paya keladi... mungkin sebab dah biasa kot.. ye la, sek tu pun baru tukar nama ke smkdk masa aku form 5, taun ni jugak... rasanya, taun ni la macam2 perkara berlaku kat sek aku, taun2 sebelum ni mcm takda ap2 perubahan pon.. ade ke??  *sebenarnya ad ok! tapi kau tu je yang tak penah nak amik tau ya fatin amira ! sibuk dengan dunia sendiri.. sampai tak ambil kisah hal sekeliling... 
cuma baru2 ni ja baru ada kesedaran nak amik tau keadaan sekolah, keadaan semasa, hal2 kawan, hal2 terkini,  hal2 negara, masalah pembangunan dan pelancongn negara, masalah perindustrian negara, hal anak-beranak ikan adik fitri, hal2 tok su Mesah sebelah rumah... (ehh??)  o,O"

hmm... ni la salah satu masalah aku, tak penah nak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sebenarnya habit ni ada baik dan ada buruknya... cntohnya, kalau kau jenis yang tak peka langsung dengan keadaan semasa, macam mana kau nak keja nanti?sebab sekarang ni bila time interview, selain daripada soalan yang berkaitan dengan kerja korang tu, mesti korang akan ditanya jjugak mengenai isu2 semasa.. sebab zaman sekarng ni, orang lebih suka ambil pekerja yang serba boleh dan bukan setakat tau teori atau benda2 yang berkait rapat macam tu aja.. right? (err.. ni berdasarkan apa yg telah dikatakan orang sekeliling aku la, kalau nak ikut aku, memang takda lagi la kan pengalaman macam ni,sebab aku baru je habis sekolah kot!.. hehe)~so, cakap je la pandai.. =D


And, kalau kau jenis yang terlebih ambik tau pun susah jugak! terlebih peramah sampai nak amik tau semua baik-buruk orang, terlampau jaga tepi kain orang.... atau pun  macam kebiasaan makcik2 yang selalu dok bergosip sementara nak tunggu p.cik ikan yang tengah bawak ikan2 naik moto dari kampung ke kampung tu pun lagi la payah! tak pasal2 boleh jadi fitnah, betul tak? Tahukah anda bahawa dosa menfitnah itu lebih besar dari membunuh?? kan2? * eh kejap, yg aku sesuka hati ckp m.cik2 ni bergosip pehal? mana tau mcik2 ni tengah berbincang  pasal tajuk ceramah kat surau malam ni ke?? errr... silap2 aribulan aku pulak yang boleh jadi menfitnah kan??? huhu... maafkan daku wahai makcik2 pmtg janggus sekalian.. T.T
~pengajarannya, jgn suka nak mentafsir orang lain, please tengok diri kita dulu =') tp, tak bermakna lepas dah check kelemahan diri kita, lepas tu kita boleh seshukaa hatti  nak mengata orang lain pulak ! 
No no no.... (buat muka comel, sambil jari telunjuk digoyangkan kiri-kanan~ serius comelkan? terutama sekali aku yang buat, haha memang nk dapat pelempang terus la jawabnya... )

kesimpulannya, benda ni kita kena pandailah ambil yang buruk dan baiknya...  masing2 dah besarkan??
so, tepuk dada tanya iman...

bye2... again, good night everyone =)
.

Thursday, 25 December 2014

keshiann... (hari guru)

ASSALAMUALAIKKUM...

       Oyasumi Nasai !! ehh, jepun? haha, saja sronok2..(tringat kat 2 orang kawan yang minat anime tu sebenarnya..) hum, bila la boleh jumpa lagi..  :(

       Oklah, selamat malam uolss... How was your day today? good haa ?... share2 ma... :)
Apa-apa pon, apa saja yang berlaku dalam hidup kita hari ni tak kira baik atau buruk jangan lupa ucap Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesmpatan dan peluang untuk merasai nikmat2 Allah di dunia ni.. Jangan sesekali kita salahkan takdir andai apa yang kita impikan tu tak berlaku seperti yg kita inginkan, kadang, tanpa kita sendiri sedar, apa yang kita peroleh tu sebenarnya lebih baik dari apa yg kita harapkan... sebab apa? sebab Allah tak kan jadikan sesuatu tu tanpa sebab.., jadi kita kenalah pandai seimbangkannya, jadikan perkara yang berlaku hari ini sebagai tauladan, pedoman, peringatan atau pengajaran buat kita untuk hari esok-esoknya... 
IN SYAA ALLAH, Allah telah menyiapkan sesuatu yang lebih bahagia buat kita... cuma, kita mestilah sentiasa berdoa agar hari-hari kita akan dipermudahkanNya... in syaa allah... Aminn..

       Ok, Hari ni I cuma nak berkongsi sedikit dgn uolls pasal sambutan hari guru... humm.. nak ikutkan sambutan hari guru dah lepas lama, tapi baru sekarang nak update... haisshh, dah habis sekolah pun... (eh jap, den kan  baru jo buek blog ke-2 ni minggu lopeh, time tu nk apdate camno hah? adoii..) *blurr seketika

      Hah, uolls mesti pelikkan, apa kena mengena dengan tajuk tu.... macam tak da kaitan langsungkan? haha.... cam ni ceritanya, aku ringkaskan je la  ye... senang sikit..

      Sambutan hari guru sekolah kitorang untuk tahun ni(2014), buat time hari jumaat, so, korang faham2 je la hari jumaat kan selalunya waktu sek singkat je... ( balik awal), jadi persembahan-persembahan dari pelajar pun kena terhad la.. dah la taun ni persembahan memang banyak gilerr... dan disebabkan masa tak cukup, jadi ada beberapa kelas yang tak dapat buat persembahan untuk hari tu, termasuklah kelas kami...
hah! sebab tu la tajuk entry aku kali ni  keshiann... sebab aku kesian kat kawan2 sekelas aku.. penat diorang buat crown la.. reben-reben apa suma... Tapi, kami kira bernasib baiklah, sebab kalau tak sebelum tu kami dah rancang macam2 dah untuk sambutan hari guru ni, konon2nya kami nak buat suspen yang kek hari  guru tu tiba2 terbalik dan jatuh kat atas pentas,(ada banyak lagi apa yg kami nak buat selepas tu) tapi disebabkan beberapa masalah kami tak jadi buat lakonan ni, lepas tu bila dah berbincang satu kelas, akhirnya kitaorang setuju nak buat video je... tp tu lah,  nak buat cam na, kita ni sebagai manusia hanya mampu merancang, rite? banyak jugak la kelas yg kecewa sebab tak dapat buat persembahan, dan kami bernasib baik sebab last2 minit tu tukar nak buat video, kalau tak sia2 je la kami berlatih berlakon .kan?.... kelas2 lain pun penat ja diorang berlatih banyak hari, tp tak dapat buat persembahan...

       Apa2 pon, macam yang aku bagitau tadi, kita hanya mampu merancang... walau macam mana hebat sekali pun rancangan kita... tapi, kalau Allah tak izinkan benda tu berlaku, maka benda tu takkan berlaku jugak...  hum.. secara tak langsung aku dapat belajar sesuatu hari tu.... aku belajar apa erti persahabatan yang sebenarnya... maksud?

     Ok, begini maksudnya... disebabkan persembahan yang banyak dan dah lebih dari waktu sekolah untuk hari tu, jadi, persembahan beberapa kelas dibatalkan dan perhimpunan pun bersurai... walaupun masa tu semua pelajar dan berebut-rebut keluar dewan untuk balik, cuma tinggal beberapa orang guru, dan pengawas yng bertugas untuk kemas dewan sahaja.. But, guess what ?!!  my classmates still x berganjak dari dewan perdana tu.. tahu kami buat apa? kmi sendiri jadi penonton untuk video  kelas kami sendiri yang terpasang pada  screen besar kat pentas dewan.. sambil  pegang tangan macam bagi semangat antara satu sama lain dan tahan sebak tengok video tu.. (utk perempuan) - lelaki tak tahulah, tengok depa relax ja.. tapi, aku yakin diorng pun mungkin terkilan jugak, walau sikit... Hah!! ye dok bro-bro sekalian ? ~ haaa, jangan nak mengelat, den nampak ok, u guys tengah dok sok-seh , sok-seh sedut hingus smbil lap air mata yang berambu-rambu time tu... yang sampai meraung hentak-hentak kaki pon ada... *ok! nampak sangat aku menipu.

         Video kelas kami tu tak sedih pun sebenarnya, tp, aku dapat tengok muka kawan2 sekelas aku tahan sebak...  aku faham, diorang terkilan sebab macam2 yg diorang dah  prepare untuk sambutan tu...
Sampai ada beberapa orang dalam kalangan kami sebelum smbutan tu yang sanggup datang sekolah balik waktu petang semata-mata utk psembahan ni...  kerjasama yang sangat baik bagi aku... aku kagum sangat tengok kawan2 sekelas aku hritu.. :') 

     Tengok !! kata nak ringkas, jadi panjang jugak.. ~patutlah BM aku bahagian rumusan susah sangat nak dapat markah penuh! haishh... APTB
well.. sampai sini saja cerita yang aku nak kongsi dengan uolls... tp, uolls nak tau  tak mcm mana aku boleh teringat pasal sambutan hari guru ni padahal dah lama  lepas.... nak tau tak?? nak tau tak?? haaa.. nak tau kan... kan,kan...? ~ pleassse jangan bagi aku frust, tolong angguk je walaupun sebenarnya korang x henggen pun nak tau.. haha XD

     Sebabnya masa aku dok belek2 lappy ni tadi... aku terjumpa video hari guru tu, then aku bukak je la dan tengok balik.... #serius sedih wei... bukan sedih sebab video tu... sedih sebab rindu kat hampa ngn cikgu2... ~uhuk uhuk.. sob sob.. huwaaa !!! ~ serius, tengah sedih lg ni... * bagi pang sekali baru kau tau ye fatin.. menggedik nak feeling2 sangat... XD

*entry akan datang cek upload video sambutan hari guru tu nahh... kalau sudi tengok la... :)
(haa... adik2 junior yg balik awal aritu, sila2 la tengok ye.. kesian kat abang2 & kakak2 senior hampa ni sebab time video ni ditayangkn hampa tak tengok puunn) huhu... T.T

hey, look at the time...
oklah, Bye...







       


Tuesday, 23 December 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN 5 SCIENCE 2014

ASSALAMUALAIKUM..

          Ok, malam ni CikFatin nak belanja uolls makan malam.. opss, bukan belanja makan malam tapi belanja gambar CikFatin's family punya makan malam.. hehe.. yup, 5science's family.. sepanjang dua tahun(4sn & 5sn) belajar bersama ni, aku dah anggap diorang suma macam family aku sendiri.. aku sayang sangat dengan diorang semua ni.. Kiranya malam tu macam hari terakhir la kitaorang jumpa ramai-ramai satu kelas dengan semua cikgu-cikgu yang dah mengajar kami :' )   ~tak ramai sangat cikgu yang ada malam tu.

           Jamuan makan malam tu kami buat dekat Restoran Ayam Penyet.. ok la jugak tempat ni.. hah! yang paling bestnya owner restoran ni bekas pengetua kami sendiri.. - cikgu paimin, maaf2.. cikgu supian bin paimin.. (sebenaqnya aku dengan kawan2 aku selalu tersilap panggil nama cikgu tu.. tak tau pasaipa, walaupun dah banyak kali tapi kami dok panggil lagu tu la jugak) sekali lagi, maaf cikgu... tapi, yang paling aku suka dengan cikgu ni sebab dia sangat mesra dengan pelajar, memang ramah.. walaupun baru beberapa tahun je dia jadi pengetua kat sek aku ( sebab dia naik pangkat), tapi macam-macam perubahan yang dia dah buat dekat sekolah tu.. aku memang kagum sangat dengan cikgu ni.. terima kasih cikgu untuk semuanya.. : )

            Tema untuk dinner kitaorang is red and black... asalnya kitaorang cabut undi supaya adil, and sudah semestinyalah anas yg cabut undi sebab dia ketua kelas kami... masa mula anas cabut dapat warna oren(kalau tak silap, sebab masa dia cabut tu aku tak tengok) tp, memang ramai yang x da la baju warna tu.. lagipun, warna oren rasanya memang ramai yang tak nak kot.. haha.. pastu dia cabut lagi sekali dapat warna hitam, so, budak laki pon memang sure  nak pakai warna hitam, tapi masalahnya yang girls la pulak ramai tak de baju warna hitam... 
     
            Last2 yang girls ni sepakat yang boys biar warna hitam tapi untuk perempuan nak tukar warna lain.. tapi kali ni kitaorang tak undi dah.. sebab aku penolong kelas,(penolong yang tak da sikap pemimpin langsung, hampeh !) jadi depa suruh aku yang bagi cadangan baju warna apa untuk perempuan... masa mula tu aku serba salah la jugak sebab takut nanti ada yang terasa ke apa... tapi, bila diorang cakap tak kisah dan mengenangkan yang bulan tu adalah bulan terakhir aku sebagai penolong ketua kelas, so aku pun gunalah kuasa veto aku sebagai pnolong buat kali yang terakhir hahak... sebab aku jarang pakai baju warna merah dan teringin sangat nak pakai baju warna merah, so aku cadang kat diorang supaya girls pakai baju warna merah hitam... masa ni, aku memang dah tak fikir pasal orang lain dah.. memang aku tak kira.. aku cakap Tema merah hitam. Titik.Full Stop ! haha.. memang pentingkan diri sendiri betul penolong kelas hampa ni kan? haha... (tapi aku tak sebut la titik, full stop bagai tu, saja nak menyedapkan ayat je.. XD)

          Yang tak da baju warna merah, aku cakap, pakai ja baju yang seakan-akan merah...Tapi, alhamdulillah semua setuju je...tapi, tak tau lah kalau dalam senyap2 tu ada yang dok kutuk atau maki2 aku dalam hati... hahak XD sebab masa ni aku memang rasa macam, 'oh ya, do i care?' haha.. tapi ayat tu hanya bermain dalam imaginasi aku jee.. kalau diorang nak tukar warna lain, aku boleh tukar.. aku tak lah kejamm sangat macam uolls sangkakan ok.. ~puji diri sendiri.. la la la la.

          
           Menu utama kita orang malam tu of course la nasi ayam penyet... selain tu ada la jugak makanan ringan macam kek, ABC, bubur kuentiang (tak taulah betul ke tak ejaan dia cam tu, tapi, yang pastinya memang salah lah sebab aku tak ingat nama dia.. so, aku hentam je lah.. haha..XD. Cikgu cakap bubur tu dia buat sendiri dengan isteri dia.. and bubur ni pulak resepi dari tok2 cikgu dulu, resepi dari china.. ) lepas tu masa nak balik tu ada cocunut shake... nyummyy! memang sedap.. memang cukup rasa lah cocunutshake nih.. I like it ! 4 stars.. 

         Ok, tak nak citer banyak2 dah , biarlah gambar sahaja yang berbicara.. hihi.. -tapi, tak semua yang ada dalam gambar ni.. ni pun gambar yang aku curi dari moment wechat yang arissya post ja.. haha.. Ok..nah gambar-gambarnya...




Nabilah and Arina.. comelkan? : )


ABC





hah! yang pakai spec tu nazihah, and sebelah tu is fatin amira (aku tak berapa kenal sangat dengan fatin ni, serius !) 
Dalam kelas, aku dok sebelah nazihah ni lah...~ sangat2 kesian kat hang nazihah oii sebab dapat partner yang selalu blurr macam aku.. huhu




aku, hidayah and arissya..
*abaikan aku yang serabai tu...  huhu muka nak tergelak je memanjang bila tengok camera, sebab tu aku lebih suka gambar candid, sebab kalau tangkap gambar cam ni memang muka aku selalu nak tergelak je.. 



ha.. ni pulak Cik Bella  a.k.a  nabilah nasir kita yang buat... sebagai kenang-kenangan katanya..ngeee 
 Siap buat untuk semua budak perempuan lagi.. Rajinkan? 



asfa(sekarang berPLKN), naz, syaa...
selalunya nak pergi mana-mana memang dengan diorang ni la.. makan, lepak, buat  kerja kumpulan atau apa-apa memang selalunya dengan diorang je lah...wei, rindu kat hampa..



Bersama guru kelas terchentaa ~ Puan Maimunah~



satu kelas..
 masa ni cikgu2 semua dah balik, tinggal kami dengan pengetua je lah.. hehe

        ok, itu sahaja.. sorry siapa yang tak ada dalam gambar ni...  tak jumpa file ngan folder mana  yang simpan gambaq2 hampa yang lain tu  (sebenarnya gambar2 yang lain tu pun aku ambik dari fb dan wechat yg hampa post tu..~tak minta izin pulak tu..haha) ni pun Syaa punya photo.. maaf sekali lagi....


 Ok, bye everyone! ... 
~Thanks for reading this entry..






          

Sunday, 21 December 2014

hi hoo...

ASSALAMUALAIKUM.



      Alhamdulillah.. akhirnya tercapai jugak hasrat aku nk buat blog baru ni... yeah! dulu aku penah buat blog sekali, long-long time ago...(skrang blog tu dh diDELETEKAN) rsa2nya masa tu aku bru darjah 4-5 kalau tak silap.. sek rendah lagi, so time tu blog aq mmg byk benda yg merapu lah...  bila bca balik, mmg nk tergelak XD..  tah apa2 lah yg aq tulis dulu.. x bermanfaat langsung... zaman budak2 lah katakan hehe.. tp, skrg ni pun, aku x lah tua sangat.. baru sweetseventeen ok !
      Cuma, bila dh tua meningkat remaja ni aku  harap lebih matang dalam setiap benda atau keputusan yang aku buat... hmm.. harapnya begitulah.. In Syaa Allah..


     Aku buat blog ni pun sebenarnya sebagai diari aku,  untuk aku baca balik moment2 yg penah aku lalui spanjang hidup aku, yup! moment bsama kawan, family dan semuanya yg sesuai akn aq coretkan disini.. In Syaa Allah, klau umur panjang, masa aku tua nanti boleh lah baca balikkan? bolehlah nk mengimbas balik kenangan  lalu...haha.. over pulak! time tua baru nk baca konon...


    Sebenarnya aku ni jenis yg pelupa, kadang2 benda tu baru ja berlaku beberapa bulan atau beberapa  hari yg lepas tp, aku dh lupa... dan yang paling tragis sekali benda yg baru berlaku beberapa minit pun aku boleh lupa.. Huwaaa.. teruk betul aku ni kan? *nangis..


    Well, maybe this is the best reason why I created this blog... Selain tu, aku harap dengan blog ni jugak kita bolehlah berkongsi sedikit ilmu yg ada sesama kita... Ok, smpai sini dulu..Bye..

Thank you for reading this entry.. : )