Tuesday, 23 December 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN 5 SCIENCE 2014

ASSALAMUALAIKUM..

          Ok, malam ni CikFatin nak belanja uolls makan malam.. opss, bukan belanja makan malam tapi belanja gambar CikFatin's family punya makan malam.. hehe.. yup, 5science's family.. sepanjang dua tahun(4sn & 5sn) belajar bersama ni, aku dah anggap diorang suma macam family aku sendiri.. aku sayang sangat dengan diorang semua ni.. Kiranya malam tu macam hari terakhir la kitaorang jumpa ramai-ramai satu kelas dengan semua cikgu-cikgu yang dah mengajar kami :' )   ~tak ramai sangat cikgu yang ada malam tu.

           Jamuan makan malam tu kami buat dekat Restoran Ayam Penyet.. ok la jugak tempat ni.. hah! yang paling bestnya owner restoran ni bekas pengetua kami sendiri.. - cikgu paimin, maaf2.. cikgu supian bin paimin.. (sebenaqnya aku dengan kawan2 aku selalu tersilap panggil nama cikgu tu.. tak tau pasaipa, walaupun dah banyak kali tapi kami dok panggil lagu tu la jugak) sekali lagi, maaf cikgu... tapi, yang paling aku suka dengan cikgu ni sebab dia sangat mesra dengan pelajar, memang ramah.. walaupun baru beberapa tahun je dia jadi pengetua kat sek aku ( sebab dia naik pangkat), tapi macam-macam perubahan yang dia dah buat dekat sekolah tu.. aku memang kagum sangat dengan cikgu ni.. terima kasih cikgu untuk semuanya.. : )

            Tema untuk dinner kitaorang is red and black... asalnya kitaorang cabut undi supaya adil, and sudah semestinyalah anas yg cabut undi sebab dia ketua kelas kami... masa mula anas cabut dapat warna oren(kalau tak silap, sebab masa dia cabut tu aku tak tengok) tp, memang ramai yang x da la baju warna tu.. lagipun, warna oren rasanya memang ramai yang tak nak kot.. haha.. pastu dia cabut lagi sekali dapat warna hitam, so, budak laki pon memang sure  nak pakai warna hitam, tapi masalahnya yang girls la pulak ramai tak de baju warna hitam... 
     
            Last2 yang girls ni sepakat yang boys biar warna hitam tapi untuk perempuan nak tukar warna lain.. tapi kali ni kitaorang tak undi dah.. sebab aku penolong kelas,(penolong yang tak da sikap pemimpin langsung, hampeh !) jadi depa suruh aku yang bagi cadangan baju warna apa untuk perempuan... masa mula tu aku serba salah la jugak sebab takut nanti ada yang terasa ke apa... tapi, bila diorang cakap tak kisah dan mengenangkan yang bulan tu adalah bulan terakhir aku sebagai penolong ketua kelas, so aku pun gunalah kuasa veto aku sebagai pnolong buat kali yang terakhir hahak... sebab aku jarang pakai baju warna merah dan teringin sangat nak pakai baju warna merah, so aku cadang kat diorang supaya girls pakai baju warna merah hitam... masa ni, aku memang dah tak fikir pasal orang lain dah.. memang aku tak kira.. aku cakap Tema merah hitam. Titik.Full Stop ! haha.. memang pentingkan diri sendiri betul penolong kelas hampa ni kan? haha... (tapi aku tak sebut la titik, full stop bagai tu, saja nak menyedapkan ayat je.. XD)

          Yang tak da baju warna merah, aku cakap, pakai ja baju yang seakan-akan merah...Tapi, alhamdulillah semua setuju je...tapi, tak tau lah kalau dalam senyap2 tu ada yang dok kutuk atau maki2 aku dalam hati... hahak XD sebab masa ni aku memang rasa macam, 'oh ya, do i care?' haha.. tapi ayat tu hanya bermain dalam imaginasi aku jee.. kalau diorang nak tukar warna lain, aku boleh tukar.. aku tak lah kejamm sangat macam uolls sangkakan ok.. ~puji diri sendiri.. la la la la.

          
           Menu utama kita orang malam tu of course la nasi ayam penyet... selain tu ada la jugak makanan ringan macam kek, ABC, bubur kuentiang (tak taulah betul ke tak ejaan dia cam tu, tapi, yang pastinya memang salah lah sebab aku tak ingat nama dia.. so, aku hentam je lah.. haha..XD. Cikgu cakap bubur tu dia buat sendiri dengan isteri dia.. and bubur ni pulak resepi dari tok2 cikgu dulu, resepi dari china.. ) lepas tu masa nak balik tu ada cocunut shake... nyummyy! memang sedap.. memang cukup rasa lah cocunutshake nih.. I like it ! 4 stars.. 

         Ok, tak nak citer banyak2 dah , biarlah gambar sahaja yang berbicara.. hihi.. -tapi, tak semua yang ada dalam gambar ni.. ni pun gambar yang aku curi dari moment wechat yang arissya post ja.. haha.. Ok..nah gambar-gambarnya...




Nabilah and Arina.. comelkan? : )


ABC





hah! yang pakai spec tu nazihah, and sebelah tu is fatin amira (aku tak berapa kenal sangat dengan fatin ni, serius !) 
Dalam kelas, aku dok sebelah nazihah ni lah...~ sangat2 kesian kat hang nazihah oii sebab dapat partner yang selalu blurr macam aku.. huhu




aku, hidayah and arissya..
*abaikan aku yang serabai tu...  huhu muka nak tergelak je memanjang bila tengok camera, sebab tu aku lebih suka gambar candid, sebab kalau tangkap gambar cam ni memang muka aku selalu nak tergelak je.. 



ha.. ni pulak Cik Bella  a.k.a  nabilah nasir kita yang buat... sebagai kenang-kenangan katanya..ngeee 
 Siap buat untuk semua budak perempuan lagi.. Rajinkan? 



asfa(sekarang berPLKN), naz, syaa...
selalunya nak pergi mana-mana memang dengan diorang ni la.. makan, lepak, buat  kerja kumpulan atau apa-apa memang selalunya dengan diorang je lah...wei, rindu kat hampa..



Bersama guru kelas terchentaa ~ Puan Maimunah~



satu kelas..
 masa ni cikgu2 semua dah balik, tinggal kami dengan pengetua je lah.. hehe

        ok, itu sahaja.. sorry siapa yang tak ada dalam gambar ni...  tak jumpa file ngan folder mana  yang simpan gambaq2 hampa yang lain tu  (sebenarnya gambar2 yang lain tu pun aku ambik dari fb dan wechat yg hampa post tu..~tak minta izin pulak tu..haha) ni pun Syaa punya photo.. maaf sekali lagi....


 Ok, bye everyone! ... 
~Thanks for reading this entry..






          

No comments:

Post a Comment