Thursday, 25 December 2014

keshiann... (hari guru)

ASSALAMUALAIKKUM...

       Oyasumi Nasai !! ehh, jepun? haha, saja sronok2..(tringat kat 2 orang kawan yang minat anime tu sebenarnya..) hum, bila la boleh jumpa lagi..  :(

       Oklah, selamat malam uolss... How was your day today? good haa ?... share2 ma... :)
Apa-apa pon, apa saja yang berlaku dalam hidup kita hari ni tak kira baik atau buruk jangan lupa ucap Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesmpatan dan peluang untuk merasai nikmat2 Allah di dunia ni.. Jangan sesekali kita salahkan takdir andai apa yang kita impikan tu tak berlaku seperti yg kita inginkan, kadang, tanpa kita sendiri sedar, apa yang kita peroleh tu sebenarnya lebih baik dari apa yg kita harapkan... sebab apa? sebab Allah tak kan jadikan sesuatu tu tanpa sebab.., jadi kita kenalah pandai seimbangkannya, jadikan perkara yang berlaku hari ini sebagai tauladan, pedoman, peringatan atau pengajaran buat kita untuk hari esok-esoknya... 
IN SYAA ALLAH, Allah telah menyiapkan sesuatu yang lebih bahagia buat kita... cuma, kita mestilah sentiasa berdoa agar hari-hari kita akan dipermudahkanNya... in syaa allah... Aminn..

       Ok, Hari ni I cuma nak berkongsi sedikit dgn uolls pasal sambutan hari guru... humm.. nak ikutkan sambutan hari guru dah lepas lama, tapi baru sekarang nak update... haisshh, dah habis sekolah pun... (eh jap, den kan  baru jo buek blog ke-2 ni minggu lopeh, time tu nk apdate camno hah? adoii..) *blurr seketika

      Hah, uolls mesti pelikkan, apa kena mengena dengan tajuk tu.... macam tak da kaitan langsungkan? haha.... cam ni ceritanya, aku ringkaskan je la  ye... senang sikit..

      Sambutan hari guru sekolah kitorang untuk tahun ni(2014), buat time hari jumaat, so, korang faham2 je la hari jumaat kan selalunya waktu sek singkat je... ( balik awal), jadi persembahan-persembahan dari pelajar pun kena terhad la.. dah la taun ni persembahan memang banyak gilerr... dan disebabkan masa tak cukup, jadi ada beberapa kelas yang tak dapat buat persembahan untuk hari tu, termasuklah kelas kami...
hah! sebab tu la tajuk entry aku kali ni  keshiann... sebab aku kesian kat kawan2 sekelas aku.. penat diorang buat crown la.. reben-reben apa suma... Tapi, kami kira bernasib baiklah, sebab kalau tak sebelum tu kami dah rancang macam2 dah untuk sambutan hari guru ni, konon2nya kami nak buat suspen yang kek hari  guru tu tiba2 terbalik dan jatuh kat atas pentas,(ada banyak lagi apa yg kami nak buat selepas tu) tapi disebabkan beberapa masalah kami tak jadi buat lakonan ni, lepas tu bila dah berbincang satu kelas, akhirnya kitaorang setuju nak buat video je... tp tu lah,  nak buat cam na, kita ni sebagai manusia hanya mampu merancang, rite? banyak jugak la kelas yg kecewa sebab tak dapat buat persembahan, dan kami bernasib baik sebab last2 minit tu tukar nak buat video, kalau tak sia2 je la kami berlatih berlakon .kan?.... kelas2 lain pun penat ja diorang berlatih banyak hari, tp tak dapat buat persembahan...

       Apa2 pon, macam yang aku bagitau tadi, kita hanya mampu merancang... walau macam mana hebat sekali pun rancangan kita... tapi, kalau Allah tak izinkan benda tu berlaku, maka benda tu takkan berlaku jugak...  hum.. secara tak langsung aku dapat belajar sesuatu hari tu.... aku belajar apa erti persahabatan yang sebenarnya... maksud?

     Ok, begini maksudnya... disebabkan persembahan yang banyak dan dah lebih dari waktu sekolah untuk hari tu, jadi, persembahan beberapa kelas dibatalkan dan perhimpunan pun bersurai... walaupun masa tu semua pelajar dan berebut-rebut keluar dewan untuk balik, cuma tinggal beberapa orang guru, dan pengawas yng bertugas untuk kemas dewan sahaja.. But, guess what ?!!  my classmates still x berganjak dari dewan perdana tu.. tahu kami buat apa? kmi sendiri jadi penonton untuk video  kelas kami sendiri yang terpasang pada  screen besar kat pentas dewan.. sambil  pegang tangan macam bagi semangat antara satu sama lain dan tahan sebak tengok video tu.. (utk perempuan) - lelaki tak tahulah, tengok depa relax ja.. tapi, aku yakin diorng pun mungkin terkilan jugak, walau sikit... Hah!! ye dok bro-bro sekalian ? ~ haaa, jangan nak mengelat, den nampak ok, u guys tengah dok sok-seh , sok-seh sedut hingus smbil lap air mata yang berambu-rambu time tu... yang sampai meraung hentak-hentak kaki pon ada... *ok! nampak sangat aku menipu.

         Video kelas kami tu tak sedih pun sebenarnya, tp, aku dapat tengok muka kawan2 sekelas aku tahan sebak...  aku faham, diorang terkilan sebab macam2 yg diorang dah  prepare untuk sambutan tu...
Sampai ada beberapa orang dalam kalangan kami sebelum smbutan tu yang sanggup datang sekolah balik waktu petang semata-mata utk psembahan ni...  kerjasama yang sangat baik bagi aku... aku kagum sangat tengok kawan2 sekelas aku hritu.. :') 

     Tengok !! kata nak ringkas, jadi panjang jugak.. ~patutlah BM aku bahagian rumusan susah sangat nak dapat markah penuh! haishh... APTB
well.. sampai sini saja cerita yang aku nak kongsi dengan uolls... tp, uolls nak tau  tak mcm mana aku boleh teringat pasal sambutan hari guru ni padahal dah lama  lepas.... nak tau tak?? nak tau tak?? haaa.. nak tau kan... kan,kan...? ~ pleassse jangan bagi aku frust, tolong angguk je walaupun sebenarnya korang x henggen pun nak tau.. haha XD

     Sebabnya masa aku dok belek2 lappy ni tadi... aku terjumpa video hari guru tu, then aku bukak je la dan tengok balik.... #serius sedih wei... bukan sedih sebab video tu... sedih sebab rindu kat hampa ngn cikgu2... ~uhuk uhuk.. sob sob.. huwaaa !!! ~ serius, tengah sedih lg ni... * bagi pang sekali baru kau tau ye fatin.. menggedik nak feeling2 sangat... XD

*entry akan datang cek upload video sambutan hari guru tu nahh... kalau sudi tengok la... :)
(haa... adik2 junior yg balik awal aritu, sila2 la tengok ye.. kesian kat abang2 & kakak2 senior hampa ni sebab time video ni ditayangkn hampa tak tengok puunn) huhu... T.T

hey, look at the time...
oklah, Bye...







       


No comments:

Post a Comment