Tuesday, 20 January 2015

jangan pergi...

Pada satu ketika. Aku termenung….
Memikirkan persoalan-persoalan yang sering kali menyinggah diminda
Namun hingga kini ,
Aku tiada jawapan yang pasti..
Jawapan yang bisa meyakinkan aku…

Lidahku kelu dalam keliru..
Tak tahu apa yang harus aku ungkapkan
Apa yang harus aku lakukan…
Aku tidak pasti…

Apa ini salah aku?
Apa mungkin berpunca dari aku sendiri?
Ya, inilah salah dan silapku..
Aku terlalu menyayangi mereka…
Terlalu sayang…

Aku gelisah,
Aku bingung,
Aku takut.
Aku risau….
Sering kali aku berfikir
Adakah mereka yang bersama aku hari ini,
Akan pergi meninggalkan aku hari esok?
Ya aku tahu setiap yang hidup itu pasti akan mati….

Tapi,
Bukan ‘pergi’ itu yang aku maksudkan,
‘pergi’ yang cuba aku sampaikan adalah….
Pergi dengan rela hati mereka sendiri…

Aku takut jika mereka hanya bersamaku untuk seketika…
Menemani aku menempuh suka duka,
pahit manis dan  menghadapi ujian dari Dia yang Esa...
Dan kemudiannya pergi begitu saja…
Pergi meninggalkan aku…

Bukan aku tak pernah merasainya…
Aku pernah alaminya…
Cukuplah aku katakan, ianya amat sakit…
Pedih…

Kadang aku terfikir mana mereka yang dulu?
Mana mereka yang aku sayang dahulu?
Mana? Mana? Dan mana?

Tapi, aku sedar
Setiap pertemuan itu pasti  ada perpisahan….
Tak kira macam mana sekali pun aku, kau dan dia merancang
tapi, tetap…
Perancangan Allah itu yang terbaik..
Ada hikmah disebalik ‘pergi’ nya mereka….


Cukuplah aku masih ada lagi mereka yang aku sayang
Keluarga, sahabat baik dan mereka yang masih setia disisiku…
Aku sangat menyayangi mereka…
Aku tak mahu perkara yang dahulu, berulang lagi..
Minta dijauhkan semua itu….

Aku mohon padaMu agar mereka sentiasa ada,
Menemaniku menghadapi liku-liku kehidupan,
Membantu aku dikala aku jatuh lemah
Menegur dan menasihatiku,
andai satu hari nanti  aku tersasar jauh meninggalkan Engkau….


  kepada kalian,
yang sudah melupakanku dan mereka yang masih bersamaku hari ini,
 kalian, sangat istimewa dalam hidup ini…
 sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata...
terima kasih atas segala memori dan kenangan-kenangan indah kita bersama,
terima kasih dan doa sahaja mampu ku berikan...
semoga hidup kalian sentiasa dipermudahkan Allah didunia dan diakhirat sana...
amin ya rabbal alamin.


~Fatin Amira Mansor~




5 comments:

  1. betapa cantiknya dan indahnya bahasa fatin..bole jadi novelis dah ni...apa pon kami sentiasa ada untuk dengar masalah fatin..kalau tidak apalah gunanya saya sebagai sahabat baik anda...walaupun x da lagi di depan mata....bukan bererti dia telah melupakan atau dilupakan...tetapi kekangan masa yang telah menjarakkan kita...:')

    ReplyDelete
  2. Bangga menjadi salah seorang sahabat kamu...
    terima kasih sahabat :)

    ReplyDelete
  3. Uiii. Jiwangnya tulisan kamu... Diriku turut bangga jadi sahabatmu.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwang? hehe...
      bangga juga mnjadi sahabat kamu.. =)
      Wani, sambung blajar kat mana?

      Delete
    2. Hehehe.. Tak tau lagi.. Konfius nk p yg mna. huhu

      Delete