Thursday, 15 January 2015

pentaksir ~1

Assalamualaikum readers !

Baiklah, Entry kali ni aku nak ceritakan serba sedikit suasana atau keadaan atau pengalaman aku dan kawan-kawan sewaktu bersama  pentaksir bagi matapelajaran ict kat sekolah aku..


Oh, ya.. sebelum lupa, dalam kelas aku ada subjek elektif yang perlu dipilih iaitu antara ICT(Information And Comunication Technology) dan LK(Lukisan Kejuruteraan). Jadi, maksudnya 10 subjek lah yang budak2 kelas aku ambil. Sebenarnya kalau boleh dua-dua aku nak ambik, sebab bagi aku ict ni sekarang memang penting.. dan subjek LK pun aku suka, sebab rasa macam best je tengok akak2 senior bawak buku LK yg besar2 gedabak tu, dengan pembarisT, sesiku set bagai.... lepas tu aku rasa  boleh la belagak sikit dengan menunjuk barang2 LK yg besau2 tu kat bebudak kelas lain… haha, buruk punya perangai!


Nak ikutkan kedua-dua subjek ni ada kelebihan masing2.. Tapi, bila aku fikir dan pertimbangkan semula, akhirnya aku ambik subjek ICT…. Punyalah susah aku nak buat keputusan nak ambik subjek apa… macam2 yang aku kaji dan siasat untuk kedua-dua subjek ni…  Nak tau cam na aku kaji?

Aku boleh bagitau kat korang semua cara aku kaji, tapi aku tak berapa nak galakkan sangat la sebab cara aku ni memang susah gileerr !!! serius! Sebab cara aku ni memang memerlukan tenaga yang kuat dan daya fikir yang sangat tinggi… takut korang tak mampu ler nanti... aku lain la, sebab aku dah memang dari kecik aku dah biasa buat  benda ni( gaya org bongkak cakap- memang macam gini.. hehe) Ok, kalau nak ikut jugak cam ni caranya… tapi korang kena ler ikut setiap satu step yang korang baca tu--

  1. 1.     First, korang kena pastikan tiada gangguan dari radio, tv, laptop, handphone, adik kecik atau apa2 sahaja sebab korang kena fokus! Ya, fokus!! Ingat tu..
  2. 2.     Ok, sekarang ambil 2 batang pensel dari pensil box korang. (guna pensil 2B sahaja. Wajib!)
  3. 3.     Letakkan sebatang pensel diatas meja bahagian kanan untuk subjek ICT, dan sebatang lagi pada bahagian kiri meja untuk subjek LK.. (ikut korang la, masa tu nak buat pemilihan mengenai apa)
  4. 4.     Ok, lepas tu korang kena gerakkan jari telunjuk korang kekanan dan kekiri merujuk kepada kedua-dua batang pensel tadi secara bergilir. (selang-seli)
  5. 5.     Teruskan perbuatan tersebut sambil menyanyikan lagu ni,
  6. 6.     ~~~Din, din, din… Aladin, naik moto tak da lesen, nak kawin tak da cincin, siapa kepala botak licin! Lam Lom Lah.~~~
  7. 7.     Haaa…., pensel yang mana jari korang tunjuk masa nyanyian yang last sekali, tu lah jawapannya…


Susah gilerr kan cara ni??? Aku dah bgtau tadi, so jangan marah !  hhaha…
Apa-apa pun sekali lagi aku nak ingatkan jangan ikut cara ni, sebab kalau salah pilih memang korang akan MERANA seumur hidup! Huhu…



 *kalau nak buat sesuatu pilihan, berdoa, mohon petunjuk dari Allah… semoga Allah gerakkan hati kita untuk memilih yang terbaik untuk kita. Ya ! inilah cara yang betul, tepat dan yang sepatutnya kita perlu buat bila berada dalam situasi sebegini  =) 
dan yang pling baik sekali, buat solat istikharah, mohon Allah permudahkan dan tunjukkan apa yang terbaik untuk kita.

p/s : saya sambung cerita pasal pentaksir ni pada entry yang seterusya.. ya? 

~selamat malam....

2 comments: